Penamaan calon weblog 1 Malaysia

weblogmalaysia

Penamaan calon contest weblog 1 Malaysia

Pakcikli00 mengetahui contest weblog popular 1Malaysia menerusi weblog Kak Long blogger weblog http://mawarmerah2008.wordpress.com/ untuk menyertai pencalonan contest weblog popular 1 Malaysia dengan cara membuat satu posting di weblog anda dan memilih satu weblog yang disukainya serta menulis tentang keistimewaan weblog tersebut.

Peraduan weblog  popular 1Malaysia ini adalah anjuran denaihati pemilik weblog Yang Terbuku Dihati http://denaihati.blogspot.com/ yang menawarkan hadiah yang agak lumayan. Peraduan ini bermula pada tanggal 1hb Julai 2009 dan tamat pada jam 12.00 pagi pada 30hb September 2009.

Hadiah peraduan ini ditaja oleh

SAUDACARE dan ANISA ONLINE MALL

Entri ini diposkan adalah khusus untuk mencalonkan weblog HIDUP BIAR SEDAP http://www.kujie2.com/. Sebagai memenuhi syarat peraduan di bawah ini, pakcikli00 senaraikan keistimewaan weblog HIDUP BIAR SEDAP http://www.kujie2.com/ yang pakcikli00 calonkan.

1.  Tajuk blog ini HIDUP BIAR SEDAP sudah cukup untuk menggamit setiap pelayar untuk singgah ke  weblog   http://www.kujie2.com/ ini.

2.  Kemanusiaan itu adalah dinilai menurut parasrupa, gerakgeri, tingkahlaku dan budibahasa, untuk mengetahui kesihatan kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raganya. Isi kandungan weblog HIDUP BIAR SEDAP sudah cukup untuk pakcikli00 menilai keperibadian penulisnya dan mencalonkannya untuk memenangi peraduan weblog popular 1Malaysia.

3.  Tajuk dan isi kandungan setiap entri yang diposkan ke weblog HIDUP BIAR SEDAP adalah menggambarkan kepekaan penulis terhadap alam persekitarannya. Maka tidak keterlaluanlah jika dikatakan penulis adalah terdiri seorang seniman yang layak dicalonkan untuk memenangi peraduan weblog popular 1malaysia sebagai penghargaan pakcikli00 kepadanya.

Pencalonan pakcikli00 kepada weblog HIDUP BIAR SEDAP nan seorang bukanlah bermakna weblog yang lain tidak menggoda hati pakcikli00 tetapi adalah kerana pakcikli00 terikat kepada syarat peraduan hanya satu weblog sahaja yang boleh dicalonkan untuk memenangi peraduan weblog popular 1Malaysia, jika tidak pakcikli00 akan mencalonkan kesemua weblog yang pakcikli00 layari termasuklah weblog Kak Long http://mawarmerah2008.wordpress.com/ saya ulangi sekali lagi sekuntum mawar merah.

Keterangan lanjut mengenai peraduan ini, sila layari weblog Yang Terbuku Dihati http://denaihati.blogspot.com/ https://pakcikli00.wordpress.com/2009/09/01/penamaan-calon-weblog-1-malaysia/

Sekian terima kasih dan salam hormat.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

10 Responses to Penamaan calon weblog 1 Malaysia

  1. denaihati berkata:

    pak cik ok entri ini cuma dalam komen tu mesti letak link ini supaya mudah untuk semua visit balik …copy paste je link ini https://pakcikli00.wordpress.com/2009/09/01/penamaan-calon-weblog-1-malaysia/

  2. pakcikli00 berkata:

    Asalamualaikum

    Perhatian dan kerjasama anakanda Denaihati mengenai perkara diatas amat dihargai. Terima kaseh salam hormat.

  3. Kak Long berkata:

    Salam hormat Pakcikli..
    Tahniah kerana telah berjaya membuat entri pencalonan Weblog Popular satu Malaysia. Terima kasih juga kerana memilih Kak Long sebagai web rujukan.
    Nanti tahun depan kita minta En Denaihati tambah kouta letakkan lebih daripada satu blog ya…
    Tadi Kak Long dah lawat blog dan komen yang pakcikli tinggalkan di blog Denaihati. Macam yang Encik Denaihati katakan itu, jangan lupa tinggalkan satu lagi komen dan kali ini tuliskan alamat seperti di bawah atau copy paste link yang En Denaihati dah tulis tu ke dalam komen tersebut :-
    Sekali lagi Kak Long salinkan alamat tu.

    Penamaan calon weblog 1 Malaysia

  4. Kak Long berkata:

    Salam hormat dan mohon maaf pakcikli…
    Kak Long nak tanya tentang link di atas.
    Adakah web yang pakcikli rujuk itu ialah blog Kak Long atau blog mawar merah yang lain?
    Kalau mawar merah yang pakcikli maksudkan ialah Kak Long, Kak Long nak beritahu yang link blog Kak Long di atas adalah salah kerana url Kak Long ialah http://mawarmerah2008.wordpress.com
    url di atas tiada 2008…
    Tapi kalau yang pakcikli maksudkan ialah kak long mawar merah yang lain, memang betul lah url tersebut.
    Terima kasih.

  5. pakcikli00 berkata:

    Asalamualaikum

    Terima kaseh Kak Long, saya akan berusaha menurut tunjuk ajar kak Long dari masa ke semasa sehingga usaha ini berjaya, saya sangat menghargai bantuan dan kerjasama yang kak Long hulurkan. Link blog Kak Long sudah saya betulkan, maaf saya terlupa 2008. Kalau pencalunan kita gagal sekali pun Kak Long tapi sekurangnya banyak ilmu pengetahuan yang saya pelajari daripada Kak Long, walau pun bantuan itu Kak Long rasa kecil bagi saya ianya sangat penting dan sungguh bermakna, saya akan ingat selagi hayat dikandung badan. Terima kaseh sekali lagi dan salam hormat jumpa lagi.

  6. Kak Long berkata:

    Waalaikumsalam…

    Saya dah nampak 2008 ditambah pada mawarmerah tu.
    Saya juga banyak belajar tentang diri, manusia dan alam daripada pakcikli..
    Mungkin saya tak tahu nak komen apa..tapi saya tetap membaca dan insya Allah, ilmu yang baik dan niat yang baik akan mendatangkan kebaikan.

    Terima kasih pakcikli..
    Salam hormat.

  7. pakcikli00 berkata:

    Asalamualaikum

    Masalahnya Kak Long saya hanyalah pujangga jalanan yang ingin menyatakan kefahanan saya mengenai ugama, walau pun setiap masa saya suka membaca alQuran dan hadis tetapi saya tidak menguasai ilmu tafsirannya, lantaran itu saya tidak terlalu berani menggunakan ayat alQuraan dan hadis sewenangnya dalam setiap tulisan saya, tulisan saya mengenai ugama adalah sekadar cerita di warung kopi untuk menyatakan pendirian saya, saya harap kak Long memahaminya.

    Terima kaseh salam hormat.

  8. Kujie berkata:

    eh..kenapa sy tak dpt backlink entri pakcik yang ini ye?

    maaf sgt², saya tak tau pun tentang pencalonan ini…huhu..sedihnya saya sebab tak sedar.

  9. pakcikli00 berkata:

    Asalamualaikum

    Pos intri Penamaan Calon Weblog Popular 1Malaysia di atas adalah intri wenlog Dukun Asmara yang ke 99, ketika itu weblog Dukun Asmara baru berusia satu bulan setengah. Ketika itu weblog Mawar Merah dan Hidup Biar Sedap adalah weblog yang sering Pakcik layari setiap hari, terlalu banyak pengetahuan yang Pakcik perolehi daripada kedua weblog tersebut.
    Hari ini Weblog Dukun Asmara tekah berusia empat bulan dan mengandungi pos intri sebanyak hampir 1000 (banyak pos intri tidak dicatatkan di side bar}. Banyak juga pencapaian Weblog dalam tempoh masa empat bulan dan banyak pula pengalaman Pakcik sebagai blogger dalam tempoh tersebut. Pencapaian weblog Dukun Asmara dalam tempoh tersebut pernah menerima kunjungan lebih 2000 kali sehari dan pernah menduduki N0 2 BOTD WordPress. Sehingga kini Weblog Dukun Asmara telah dikunjungi sebanyak lebih 45 000 kali. Pengalaman Pakcik yang paling sedih kerana terpaksa menjauhi rakan blogger yang lain. Apa tah lagi blogger weblognya yang sering Pakcik singgah untuk mengomel. Pakcik menyedari kesan jejak Pakcik di weblog orang lain mungkin meninggalkan keadaan yang tidak menyenangkan. Sebab itu sejak kebelakangan ini Pakcik terlalu berkurangan memberi komentar di weblog orang lain. Keadaan tidak senang rakan blogger terhadap Pakcik dapat Pakcik rasai kerana banyak weblog yang Pakcik layari sering menapis atau melupuskan komentar Pakcik.
    Sesungguhnya weblog Dukun Asmara Pakcik gubah adalah setelah Pakcik menyedari hasil daripada pengalaman hidup Pakcik sejak kecul sehingga tua, Pakcik tidak pernah didedahkan kepada pengetahuan seks yang jelas, kesannya amalan seksual yang kita lakukan adalah menurut pandai pandai sendiri, kesannya berbagai masalah seksual rumahtangga yang Pakcik dengari sepanjang kerjaya Pakcik sebagai seorang terapis. Mungkin kita tidak menyedari pada hari ini, budaya hidup kita telah menafikan pengetahuan seksual kepada jenerasinya. Walau pun jenerasi dahulukala penuh dengan sopan santun tetapi mereka maseh menurunkan ilmu pengetahuan seksial kepada
    jenerasi keturunannya menerusi berbagai saluran seperti guru ugama, persilatan, mak andam, bidan dan sebagainya. Weblog Dukun Asmara adalah untuk menyambung warisan tersebut. Sebab itulah selain pengetahuan seks, kandungannya jua sarat dengan hukum nikah kawin dan asas fardu ain seperti bersuci, solat dan doa. Kepada Kujie dan Kak Long jika tersinggung dengan gubahan weblog Dukun Asmara Pakcik memohon maaf dan ribuan ampun dan Pakcik sangat terhutang budi diatas pertolongan serta kerjasama selama ini.

    Terima kaseh salam hormat.

  10. Pingback: Keputusannya saya tak popular | Hidup Biar Sedap

Tinggalkan komen