galangganti jamu Puteri Gunung Ledang

galangganti jamu puteri gunung ledang

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to galangganti jamu Puteri Gunung Ledang

  1. Siti Fatimah Ahmad berkata:

    Assalaamu’alaikum

    Hebat juga ramuan yang dikongsikan..tapi sukar untuk membuat dan meramu resepi ni, bahannya susah juga nak cari. Kalau dah dapat pasti hebatkan Pakcikli00. Semua itu adalah kasih sayang Allah yang menciptakan apa yang ada di alam ini untuk kesejahteraan manusia itu sendiri agar mereka gembira, ceria dan bahagia hidup bersuami isteri.

    Wahai Pakcikli00 permata intan
    Pantun Melayu jangan abaikan
    Di dalamnya banyak mengandung pesan
    Pegang olehmu jadi pedoman

    maaf pakcikli00, berlalu dulu kerana nak ke pasar malam bagi membeli juadah berbuka puasa. saya nak makan tauhu rojak bakar Melaka dan jelly air kelapa muda di Syeksyen 16, Bangi. Jumpa lagi dan selamat berbuka puasa. Salam hormat.

  2. pakcikli00 berkata:

    Asalamualaikum

    Bila sebut Bangi saya hati saya terlalu tersentuh kerana teringgat kembali pengalaman ketika zaman bujang dan muda disana. Ketika itu Fakulti Pendidikan
    (Pusat Pendidikan) menompang diblock D mungkin dekat FSKK sekarang. saya pernah tinggal di Bandar Baru Bangi.
    Jika diketemui ramuan jamu dan majun dizaman dahulu keadaannya mungkin telah berbeza dan belum tentu sesuai menjadi ubat. Menurut fahaman alamiah makanan itu adalah ubat, dan ubat itu adalah bahan makanan. Zaman sekarang kadangkala yang disebut ubat itu terdiri daripada racun, najis dan dadah sentatik.
    Makanan paling afdal untok kesihatan adalah bahan, tumbuhan atau binatang ternak yang berada dipersekitaran kita, kerana setiap masa tubuh badan kita hanya sekadar bertindakbalas dengan tenaga persekitarannya unrok membina kesihatan. Kita tidak boleh makan buah buahan tempatan berlebihan seperti ketika di kampong atau orang kampong ,kerana kita tidak
    mesra atau berjiran lagi dengan pokok buah buahan tempatan, oleh itu ia menjadi alahan kepada kita sekarang. Lagi pun sifat buah buah buahan tempatan bisa, sebab itu kebanyakan buahnya bergetah (kalau nak cari orang yang bisa pun carilah yang bergetah, aduh bisa bona) dan getahnya bisa.
    Kualiti makanan dahulu dan sekarang berbeza, dahulu seekor ayam yang disembelih bolih menjadi lauk sekeluarga, kadangkala tahan (ada) sampai ke malam, kini kanak pun boleh sekali makan seekor ayam. Kerana umur ayam dahulu disembelih tiga bulan tapi sekarang tiga puluh hari, begitu juga tempuh matang makanan selainnya.
    Menanam tumbuh tumbuhan dipersekitaran rumah samada bungaan, sayuran atau buahan menjadi ubat, kerana sekurangnya ia membekal oksijan yang segar kepada kita, hakikaytnya mereka berzikir, menyatakan kebesaran Allah kepada kita, cuma hati kita yang tidak memandangnya kerana kita lalai dengan pengelihatan zahir sahaja. Kalau boleh biarlah mata itu melihat dan hati itu memandang untuk merenung kebesaran Allah yang meliputi (saya ni umpama mengajar itek berenang) kerana kadangkala terlupa saya sedang menjawab komentar seorang Usazah. Adatlah cikgu kerana sifat manusia tu, jahil dan Gharlah, itulah penyakit yang perlu diperangi habis habisan selagi hayat dikandung badan. Maaf cikgu bekalan tenaga elektrik saya disini terganggu kerana kehabisan bahanapi. saya mungkin sempat berbuka puasa dikampong halaman hari ini, mudah mudahah. Perjalan pulang saya keUtara (Ipoh) tentunya melalui Bangi.Tapi hanya sekadarmenompang lalu.

    Pantun banyak menaruh pesan
    dipegang untok jadi pedoman
    kalau puasa tak boleh makan
    walau mengalami jauh perjalanan.

    Terima kaseh salam hormat.

    catatan. boleh digarap menghiasan halaman blog cikgu.

Tinggalkan komen