menopause itu bunga wanita

menopause itu bunga wanita

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to menopause itu bunga wanita

  1. diazorro berkata:

    assalamualaikum .
    disini saya sebagai hamba Allah sangat berterima kaseh kerana ruangan ini tinggi nilai nya untuk muslim yang ingin keredahaan Allah swt. walaubagaimanakan saya keliru dengan adanya pula episod 2 dari dukun asmara, apakah tujuan tuan sebenarnya. tolong jelaskan.

    dengan rendah diri, saya minta tolong tuan jangan campuradukkn halal dan haram.dengan yang subahat.

    letakkan di blog lain, malu kami dgn anak 2 . seolah 2 yang alim 2 tu kemaruk …… tunjukkan lah contoh yang baik , boleh diteladani bagi mereka yang ingin menghampiri islam .kami takut dan tidak reda jadi kader kader saitan iblis yang memang telah berjanji untuk menyesatkan.

    kami saling mendoakan agar ada ruang dan peluang , perkongsian ilmu pasti merebut keredaan Allah , antara lain kemuncak hidup adalah kematian , persediaan untuk mati , amalan best prectises from zero to hero,

  2. pakcikli00 berkata:

    Walaikumusalam

    Tuan Diazorro, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kaseh diatas teguran tuan diatas. Perlu saya mengigati tuan, pertama ketika tuan menulis komentar diatas tuan berada diweblog Dukun Asmara, kedua tuan sedang berada di alam server. Tujuan utama saya menjadi seorang blogger adalah untuk mengembangkan ilmu pengetahuan dalam bahasa Melayu. Buat pengetahuan Tuan kemajuan kita dibidang internet adalah terlalu jauh ketinggalan kebelakang sehingga 10 hingga ke 20 berbanding dengan negara maju. Apatah lagi jika nak dikira tentang kandungan ilmu pengetahuan dalam Bahasa Melayu di internet.

    Perbuatan Tuan mengkritik cerita asmara di weblog Dukun Asmara pun saya kira pelik dan melindungi perkara yang halal dan haram dari internet pun dikira satu perbuatan yang sia sia. Didunia server tiada peluang untuk menjadi katak dibawah tempurung.

    Menurut hukum kejadian Alam apa jua keperluan hidup kita seperti bahan makananan, minyak kereta, wang dan sebagainya tidak di tambah ianya bukan sekadar berkurangan malahan akan habis, begitu jualah jika iman dan ilmu pengetahuan kita tidak di tambah kita akan menjadi orang yang tidak beriman dan jahil. Lantaran itulah saya cuba secara sukarela mengembangkan ilmu pengetahuan diweblog supaya kita tidak sampai menjadi orang tidak beriman dan jahil.

    Kita perlu mendidik anak anak dirumah supaya beradab dan bukan menyerah tanggung jawap ini di sekolah kerana tugas guru adalah mengajar. Jika tidak anak kita yang tidak beradab bukan sekadar sukar diajar oleh guru malahan akan menganggu orang lain untuk belajar. Tuan perlu mendidik anak tuan melayari internet supaya tidak melayari laman yang tidak sepatutnya, bukan menghalang kami daripada mengembangkan ilmu pengetahuan diinternet. Sepayutnya tuan harus malu jika anak tuan melayari laman porno bukannya menyuruh kami malu mengembangkan ilmu pengetahuan. Apakah wajar tuan menghalang kami mengembangkan ilmu pengetahuan diinternet lantaran anak tuan yang tak berakhlak ?.

    Saya telah menyediakan lebih 20 buah weblog mengenai ilmu pengetahuan dan ada banyak weblog mengandungi ilmu khusus untuk agama seperti terjemahan Al Quran, Kitab Hadis, berlajar bersuci, belajar solat, malah bab syariat, hakikat tarikat dan makrifat dan sebagainya.

    Bab soal halal haram ini adalah pada diri kita, benda haram yang mengancam kesiharan, benda halal untuk keperluan hidup, benda sunat membina kesihatan dan makhruh membina kekotoran. Kita jaga halal haram diri kita dulu sebelum menyatakan halal haram kepada orang lain. Janganlah hendaknya dah sampai ketua maseh lagi ingin belajar cara berwuduk dan solat dimasjid. Atau sekadar suka melepak di Masjid dan tidal mengambil tahu apa yang dilakukan anak bini dirumah. Jika kita tidak boleh mengawal anak anak, tak usahkan internet dalam TV pun banyak benda yanga haram dan subahah.

    Kita jangan menjadi terlalu dangkal, syarat untuk sejahtera hidup didunia kita perlu boleh menerima buruk dan baik, jika tidak sia sia tuhan memberi kita akal. Tapi jika nak semuanya baik kena masuk syurga. kalau nak semuanya jahat masuk nreraka.

    Kerana kita jahil tentang pengetahuan mengenai sekslah masyarakat kita hari ini dibelengu dengan berbagai penyakit, lihat sajalah darah daging, urat saraf, tubuh badan dan adab resam tuan, tak perlulah tenguk orang lain.

    Akhirnya saya memohon ampun dan maaf jika jawapan saya ini menyinggung perasaan Tuan.

    Wasalam

  3. norzila berkata:

    tp kalau dah masukan gambar2 lucah ko dah kira buat dosa kering… kalau sjuta org tgok.. ko tanggung la nanti…

Tinggalkan komen