Suami berang isteri kenyang makan luar dua kali sehari

Isteri kenyang makan luar dua kali sehari

[HM] Putatan: Rasa curiga seorang suami selepas permintaan melakukan hubungan kelamin ditolak isteri, membongkar rahsia perbuatan jijik wanita terbabit yang dikatakan menjalinkan hubungan intim dengan ‘kekasih gelap’ yang juga majikannya di sebuah rumah sewa di Kampung Petagas, di sini, sejak tujuh bulan lalu.

Perbuatan wanita berusia 28 tahun itu semakin terserlah apabila suaminya terbaca khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur cinta dalam telefon bimbit isterinya, malam kelmarin.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 malam ketika suami wanita itu dikatakan ingin melakukan hubungan kelamin, tetapi ditolak isteri kononnya kepenatan kerana bekerja.

“Tidak lama kemudian, telefon bimbit isteri berdering singkat diikuti bunyi SMS, menyebabkan suami wanita itu mengambil telefon dan terkejut apabila melihat SMS tertera perkataan ‘sayang’ dihantar seorang lelaki.

“Lelaki terbabit kemudian meminta penjelasan isteri berkaitan lelaki yang menghantar SMS itu, tetapi tidak diendahkan wanita itu sebelum pujukan suami menyebabkan wanita mengakui menjalinkan hubungan dengan majikan,” katanya.

Sumber berkata, lelaki terbabit yang terkejut dengan pengakuan isterinya kemudian memanggil individu berkaitan yang juga seorang India Muslim bagi mendapatkan penjelasan.

Menurutnya, lelaki itu mengaku melakukan hubungan seks dengan wanita itu sejak tujuh bulan lalu dan ia diakui wanita terbabit.

“Wanita itu turut mengaku kerap mengadakan hubungan seks dengan lelaki terbabit dua kali sehari pada waktu siang di rumah sewa lelaki berkenaan yang terletak berhampiran tempat kerja wanita berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, suami wanita itu kemudian memanggil imam di kampung berkenaan, Imam Norisham Purah yang juga Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang kemudian membawa pasangan terbabit ke Balai Polis Putatan.

Norisham berkata, siasatan mendapati wanita itu bekerja di sebuah kedai runcit milik lelaki terbabit di Kampung Petagas sejak Mac lalu dan sejak itu mereka melakukan hubungan seks di rumah sewa lelaki berkenaan.

“Kedua-dua mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Putatan untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.

“Pasangan itu ditahan mengikut Seksyen 80, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah kerana melakukan persetubuhan haram,” katanya.

Difahamkan, suami wanita terbabit dijangka menceraikan isterinya berikutan kecewa dengan kejadian itu.- 8/10/13

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Godaan api asmara

Image | Posted on by | 1 Komen

Lebih 600 ribu rakyat Malaysia mencari teman untuk menguruti batinnya diranjang

lebih 600 ribu

[HM] Kuala Lumpur: Mengejutkan apabila lebih 600,000 individu di negara ini, termasuk lepasan sekolah dan warga emas, dikesan mendaftar dalam sebuah laman sosial antarabangsa semata-mata untuk mencari kenalan baru yang boleh dijadikan teman ranjang.

Pemantauan Metro Ahad lebih tiga bulan mendapati, mereka dalam lingkungan usia 18 hingga 56 tahun membabitkan wanita, lelaki, pondan, gay dan lesbian.

Wartawan yang membuat penyiasatan dengan mendaftar sebagai ahli mendapati, lebih 564,576 lelaki dan 26,647 wanita mencari pasangan berlainan jenis sebagai teman ranjang, manakala selebihnya membabitkan kumpulan pondan, gay dan lesbian serta kumpulan individu yang berminat menyertai aktiviti seks secara berkumpulan.

Lebih teruk, ada antara mereka mengakui sudah berumah tangga tetapi mahukan layanan seks daripada pasangan yang jauh lebih muda.

Selain itu, ada ahli daripada pasangan kekasih dan pasangan berkahwin yang turut mendaftar dengan tujuan mahu bertukar-tukar pasangan serta mencari pasangan bagi aktiviti seks liar.

Pemantauan mendapati, kebanyakan individu terbabit tanpa rasa segan turut meletakkan gambar serta video bogel ketika melakukan hubungan seks bersama pasangan yang diambil dan dimuat turun sendiri bagi menarik minat ahli lain.

Ada antaranya turut menggunakan kemudahan itu dengan menawarkan khidmat seks ‘suka sama suka’ dan secara berbayar.

Dipercayai sudah lama menjadi tumpuan, ada ahli turut menubuhkan kumpulan tertentu dalam laman sosial itu bagi memudahkan carian pasangan yang diingini, selain menjadi tempat mengemas kini maklumat, terutama membabitkan aktiviti penganjuran parti secara beramai-ramai.

Untuk menghubungi individu berkenaan juga sangat mudah berikutan sesiapa saja boleh menghantar mesej di profil individu, selain menghubungi nombor telefon bimbit ditinggalkan ahli.

Posted in Uncategorized | Tagged , , , , , | 2 Komen

Tradisi berkongsi isteri di India

Hal ini terjadi terutamanya di wilayah utara India, di daerah Baghpat, hanya sekitar dua jam dari kota metropolitan New Delhi. Munni, wanita pertengahan 40-an yang mengisahkan penderitaannya menjadi seorang isteri kepada seorang suami sekaligus pemuas nafsu adik-adik suaminya.

“Suami saya dan orang tuanya memberitahu, saya harus membahagikan diri saya (melayan) dengan adik-adiknya,” kata Munni.

Dua adik suaminya adalah bujang terlajak yang tidak memiliki isteri. Antara lain disebabkan jumlah wanita yang kurang di perkampungan tersebut. Munni ketika ini mepunyai tiga orang anak, hasil hubungannya dengan suami, dan dua adiknya.

“Kedua-duanya (adik suaminya) menyetubuhi saya bila mana mereka mahu, tidak kira siang atau malam. Jika saya menolak, mereka akan memukul saya dengan apa saja. Kadang-kala mereka mengusir saya untuk tidur di luar, saya juga pernah disiram minyak tanah dan dibakar,” tutur Munni.

Setelah tiga bulan menderita, Munni berjaya melarikan diri, setelah berpura-pura hendak pergi ke hospital. Tetapi, wanita yang telah memiliki tiga anak lelaki itu tidak membuat sebarang laporan polis.

Munni hanyalah satu dari puluhan wanita di Baghpat yang mengalami nasib yang sama. Kes-kes penyiksaan dan penyimpangan ini kebanyakan tidak dilaporkan kepada polis. Wanita-wanita ini jarang dapat keluar rumah bersendirian, mereka dilarang keluar rumah tanpa ditemani kaum lelaki sehingga sukar untuk berhubung dengan dunia luar.

Berbeza dengan wanita moden dan berdikari yang bekerja di kota besar seperti New Delhi, di desa tempat Munni tinggal, kaum wanita dikurung di dalam rumah. Mereka hanya berfungsi untuk melahirkan anak dan bertugas membuat kerja-kerja rumah.

Sementara kaum lelaki pula bekerja sebagai petani atau hanya menganggur dan duduk-duduk seharian di rumah dan di bawah pokok. Minum teh dan merokok, serta saling membandingkan isteri yang jumlahnya terhad.

Penduduk kampung mengatakan tradisi berkongsi isteri ini memiliki banyak kelebihan. Salah satunya adalah menghindari perpecahan akibat perebutan pusaka dan aset di antara para pewaris keluarga. Selain itu, ia juga membebaskan wanita miskin dengan mengawininya, mendapatkan nafkah dari banyak lelaki.

Menurut Bhagyashri Dengle, pengarah eksekutif Children”s Charity Plan India, mengatakan budaya ini terjadi akibat menurunnya jumlah wanita dibandingkan lelaki. Kebanyakan warga di India menggugurkan bayi perempuan kerana dianggap tidak berguna pada masa depan.

Menurut kajian populasi di India pada tahun 2011, hanya terdapat 858 wanita untuk 1000 lelaki di Baghpat. Dan jumlah ini terus menurun. Hal ini juga terjadi di daerah Haryana, Punjab, Rajashtan dan Gujarat. Continue reading

Posted in Uncategorized | Tagged , , , , , | 3 Komen

Gambar pasangan bersetubuh sakan dihadapan murid dan guru di dalam bilik darjah

Adengan persetubuhan pasangan dalam gambar di atas telah dihayati oleh pelajar terlebih dahulu, sebelum guru memberikan contoh yang nyata sebagai pengajaran bahawa diantara sifat haiwan itu adalah tidak malu dan gelojoh sedikit.

Posted in Uncategorized | Tagged , , , , | Tinggalkan komen

Paramugari demo bogel kerana tidak dibayar gaji

MACAM-MACAM cara protes. Paramugari ini protes syarikat penerbangannya yang belum membayar gaji mereka dengan cara berphoto bogel. Seperti dikutip Ananova.com, paramugari perlu menanggalkan bajunya untuk dipamerkan.

Sembilan paramugari, pekerja di sebuah syarikat penerbangan di Sepanyol yang telah muflis, Air Comet. Mereka berpose telanjang untuk sebuah kalender sebagai bukti protesnya. Aksi protes ini dilakukan kerana Air Comet gagal untuk membayar gaji pekerjanya hingga sembilan bulan.

Syarikat tersebut memiliki hutang sekitar 160 juta euro, termasuk upah yang belum dibayar. Kini paramugari ini, telah memutuskan berpose telanjang sebagai cara untuk menarik perhatian membayar gaji paramugarinya. Continue reading

Posted in Uncategorized | Tagged , , , , | 1 Komen

Pemandu teksi letih dan cedera dirogol wanita


Luminita Perijoc , wanita yang mirip Angelina Jolie

SEORANG pemandu teks Rumania mengadu seorang perempuan penggila seks telah mengancamnya untuk berhubungan intim. Kepada polis, Nicolae Stan, pemandu teksi itu mengadu, Luminita Perijoc yang berwajah mirip dengan aktres Angelina Jolie atau ‘Angelina Jolie palsu’ ini mengancamnya dengan menggunakan pisau untuk berhubungan intim dan oral seks.

Pada awalnya Perijoc, menumpang teksi, meminta bantuan Stan untuk mengangkat belanjaannya ke dalam rumah. Tetapi ketika memasuki apartemen, wanita itu meminta berhubungan seks. Ketika Stan menolak melakukannya, Perijoc mengeluarkan pisau, dan memaksa Stan membuka bajunya.

Soalnya, “Ketika saya menolak, wanita itu marah besar, mengambil pisau dan memaksa saya untuk membuka pakaian dan berhubungan seks dengannya,” kata ayah tiga anak itu.

Tidak puas dengan hubungan seks pertama, wanita itu meminta Stan untuk berhubungan lagi dan melakukan oral seks. Ketika menolak lagi, Perijoc menusuk Stan dengan pisau di tangannya. Menurut polis setempat, dari hasil laporan Stan, polis menduga Angelina Jolie palsu itu sedang dalam ketergantungan ubat-ubatan.

Mengutip media lokal, kerabat Perijoc mengatakan wanita itu adalah peminat ekstrim artis Angelina Jolie. Khususya ketika Jolie berperanan sebagai Tomb Raider, tokoh wanita jaguh yang diangkat dari video game ke layar lebar. Namun, tidak semua teman-teman Stan sependapat bahawa pemandu teksi ini merasa diperkosa.

Teman-temannya menyayangkan Stan menolak berhubungan seks dengan duplikat artis Hollywood secantik Angelina Jolie. “Mereka tidak tahu kenapa saya menolak wanita itu. Mereka tidak tahu bagaimana rasanya dibentak wanita gila yang mengancam dengan pisau untuk berhubugan seks,” kata Stan.

Stan boleh lari dari Perijoc dengan cara mengurung diri di bilik tidur. Lalu ia menelefon polis dengan telefon bimbitnya. Akhirnya polis datang dan membawa Stan yang mengalami lebih dari setengah dozen luka tusukan ke hospital. Continue reading

Posted in Uncategorized | Tagged , , , , | Tinggalkan komen