Adab bersetubuh menurut Islam


Masa berjimak untuk mendapatkan Zuriat Sempurna

Sabda Rasullah s.a.w. “Wahai Ali ! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s”

1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.

2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.

3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan isteri berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.

4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.

5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta.

6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia.

7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.

8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.

9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.

10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, songlap dan menghendaki dunia daripada akhirat.

Cara berjimak yang dituntut.

1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah s.w.t.

2. Pada malam selasa.
Jika allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.

3. Pada malam Khamis.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang bijaksana di kalangan yang bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim.

4. Sewaktu matahari di tengah langit. Jika Allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.

5. Pada malam Jumaat. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.

6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.

7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.

8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

10 Responses to Adab bersetubuh menurut Islam

  1. Faisal Abdi berkata:

    Assalamu alaikum…

    Adakah dalil dari point-point di atas…
    Saya ingin menjadikan tulisan ini sebagai referensi blog saya…
    Syukran Katsira..

  2. Zuhady berkata:

    PESANAN AHLI SPIRITUAL :
    (1) Dilarang berjimak pada akhir bulan, pada awal bulan dan pada
    pertengahan bulan Islam. Maksodnya masa bulan gelap penuh, masa
    terbit anak bulan dan masa bulan mengambang penuh. Mungkin kerana
    pengaruh Lucifer dan pengaruh The Devil diketika itu cukup kuat.
    Jika hasil dari persetubuhan tersebut menghasikan anak, maka ianya
    dikhuatiri akan melahirkan zuriat yang berperangai seperti Lucifer
    atau The Devil.
    (2) Dilarang juga kita berjimak dalam keadaan bogel telanjang bulat.
    Setidak-tidaknya tutoplah pada kedua bahagian aurat kita itu. Ketika
    kita sedang berjimak itu, perlulah kita ada sikap malu dan bertertib
    sedikit pada yang ghaib. Walau pun kita rasa tiada sesiapa, kerana
    kita tidak nampak, tetapi ketahuilah ada Mata-Mata atau Evil Eyes yg
    memerhatikan kita.

    PESANAN ORANG TUA2 :
    (1) Dilarang Sang Suami melihat legat-legat dan dekat anu Isterinya.
    Kerana dikhuatiri mata Sang Suami akan jadi cepat rabun. Barang kali
    bahang haba dari anu Isterinya ada gas beracun kot..??
    (2) Dan lagi kata pendapat sesetengah ahli hukamak pula, barang siapa
    suka melihat anu Isterinya legat-legat, jika jadi anak, maka anaknya
    akan jadi biyut, dungu lagi benak mata-hatinya.
    (3) Maka adalah digalakkan sebelum berjimak, pasangan Suami-Isteri
    banyakkan seni bunganya, maksodnya banyakkan mukadimahnya. Kerana
    difahamkan jika jadi anak, maka jadilah anak yang kreatif.

    Namun pada setiap niat dan perbuatan kita itu, jagalah agar tidak
    melampaui batas adap dan tata-tertib yg dibenarkan.

    Wallahualam.

  3. Danx berkata:

    emh,,,klo boleh di tambahin dalilnyadwong,,,biar yakin,,,,

  4. Agustriawan berkata:

    Jangan sembarang dalam menulis komentar “itu bisa menimbulkan kesalahpahaman dalam beragama.mungkin kamu org kristen akan berbeda dgn muslim.by pembela islam

  5. Agustriawan berkata:

    Untukmu zuhady”kusarankan ya”pelajarilah ilmu agamamu ,jangan dicampur dgn ilmu agama org lain,memang benar kebiasaan ahli kitab gemar merubah isi kitabnya.ya sesuai banyak salah dlm berakidah…maaf bila aku menyinggu kau si ahli kitab.by pembela islam

  6. Lika berkata:

    Adab jimak supaya menghasilkan anak,itu bagaimana?

  7. Muslim minang berkata:

    Saya bngung, bnyak bgd waktu2 yg dilarang, ada dalilnya ga?? Nurut ana seorg anak itu akan jd soleh atau tdk soleh trgantung didikan ortunya, bukan waktu jimaknya, tolong jelaskan dalilnya..

  8. Muslim minang berkata:

    Kalo dapat jelaskan jg tata cara berjimak yg baik nurut islam.. Sukron.. 🙂

  9. Noval Andrian berkata:

    menurut saya dri ap yg tlah trtulis d’atas itu sudah cukup akurat, terimakasih atas pnjelasanya sekarang sya sudah tahu tntang adab ketika sedang anu..
    wassalamu alaikum

  10. Wira Negara berkata:

    Terimakasih ilmunya, saran saya ‘lebih baik lagi apabila ditambahkan apa hal hal yang boleh dilakukan dan tidak boleh saat bersetubuh’
    Maaf bahasa saya demikian sebab saya orang indonesia.

Tinggalkan komen