pakcikli00











Karpal Singh ditegur guna perkataan kasar terhadap hakim
10/02/2010 5:13pm

KUALA LUMPUR 10 Feb. – Peguam Karpal Singh, yang mengetuai pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat membabitkan ketua pembangkang itu, hari ini ditegur kerana menggunakan perkataan kasar terhadap Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang mengadili kes itu.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof. Zainal Abiden, yang mengetuai pihak pendakwaan dalam kes itu, berkata, Karpal Singh bebas mengemukakan hujah tanpa perlu menghina hakim.

“Untuk mengatakan Yang Arif berbohong adalah terlalu kasar. Walaupun kita boleh berhujah sebaik manapun untuk anak guam kita, tetapi menggunakan perkataan kasar adalah tidak wajar.

“Kita boleh berbuat demikian dengan sopan dan beretika,” katanya ketika berhujah semasa mahkamah mendengar permohonan pihak pembelaan supaya Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada kes itu kononnya kerana beliau berat sebelah.

Sebelum itu, Karpal Singh berkata, memandangkan Hakim Mohamad Zabidin tidak berterus terang kerana tidak merujuk Utusan Malaysia bagi kesalahan menghina mahkamah berhubung laporan yang dianggap palsu, pihak pembelaan melihat itu sebagai “satu pembohongan oleh Yang Arif”. – Bernama



Pendengaran permohonan semakan Anwar ditetapkan 25 Feb
10/02/2010 7:00pm

PUTRAJAYA 10 Feb. – Permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonannya untuk dibekalkan beberapa dokumen penting, termasuk sampel spesimen DNA Mohd. Saiful Bukhari Azlan, sebelum perbicaraan, ditetapkan untuk didengar pada 25 Februari ini.

Anwar memfailkan permohonan bagi semakan itu mengikut Peraturan 137, Peraturan-peraturan Mahkamah Persekutuan selepas rayuan terakhirnya pada 29 Januari lalu ditolak.

Seorang daripada peguam yang mewakili Anwar, S.N. Nair berkata, beliau dimaklumkan mengenai tarikh itu oleh pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan melalui faksimile pada kira-kira 2.50 petang.

Beliau berkata, pendengaran itu ditetapkan pada 9.30 pagi pada hari berkenaan.

Pada 29 Januari, panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria memutuskan bahawa pada peringkat praperbicaraan, Anwar hanya boleh akses kepada dokumen dan bahan berkaitan pertuduhan itu bagi membolehkannya untuk memahami pertuduhan dan membuat persediaan bagi pembelaannya.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun, 2008. – Bernama



Rizal Tahir

KOTA BHARU, 10 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan suasana aman di lima buah negeri Pakatan Rakyat diragut Umno apabila melakukan kudeta di Perak.

Sedangkan katanya, selepas pilihan raya umum lalu, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan berada dalam keadaan aman.

“Pergolakan berlaku bermula dengan hari rampasan kuasa sehingga tidak berkesudahan sebagaimana dilakukan pihak tidak bertanggungjawab itu.

“Kelantan alhamdulillah termasuk tidak berlaku huru hara kerana tidak berlakunya perancangan rampasan kuasa,” katanya ketika ditemui selepas majlis jamuan perpisahan dua bekas setiausahanya, Annual Bakri Haron dan Mohd Saiba Yaakub.

Annual meletak jawatan sebagai Setiausaha Politik akhir tahun lepas dan Mohd Saiba tamat kontrak pelantikan awal Febuari lalu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, berlakunya rampasan kuasa di Perak menyebabkan rakyat sedar kerja tersebut merupakan perkara mungkar yang tidak bermoral.

Oleh itu, beliau meminta orang ramai melahirkan rasa benci kepada mereka yang menggadaikan maruah rakyat dengan melakukan kudeta.

Katanya, perasaan benci wajar ditanam terhadap mereka yang kufur dan fasik kerana Islam mengajar agar menanam kebencian terhadap golongan seperti itu.

Beliau juga berkata, tidak wajar dilakukan demontrasi terhadap penggunaan kalimah Allah oleh penerbitan Herald memandangkan ia telah lama digunakan bukan Islam di tanah Arab.



Penulis blog lucah aibkan Tok Guru Nik Aziz, Anwar ditahan

Penulis blog yang memaparkan foto yang diubahsuai yang menunjukkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam keadaan yang mengaibkan, telah ditahan semalam.

Sumber polis Kelantan mengesahkan kepada dia ditahan selepas menyerah diri di ibu pejabat polis kontinjen Johor Bahru.

Menurutnya, penulis blog lelaki berumur sekitar 40-an itu ditahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Pihak polis akan menjalankan siasatan di sana terlebih dahulu,” kata sumber sambil menambah bahawa penulis blog itu masih ditahan di Johor Bahru.

Ahad lalu, Setiausaha Keselamatan PAS Kelantan Mejar (B) Mohamad Ibrahim membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu terhadap tindakan blogger tersebut.

Mohamad dilaporkan berpendapat tindakan penulis blog itu adalah bersifat provokatif dan bertentangan dengan undang-undang.

Sumber: http://mamjanik.wordpress.com/



{10 Februari 2010}   TEKNIK LAZAT GOYANG BERSETUBUH



{10 Februari 2010}   Nizar maseh MB Perak – Ku Li

Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi menjadi Menteri Besar Perak sehinggalah beliau meletakkan jawatan atas kerelaannya sendiri, atau disingkirkan melalui usul undi tidak percaya pada persidangan Dewan Undangan Negeri, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

“Usul pada Dun sahaja yang boleh menyingkirkan Nizar daripada jawatan itu, selain itu tak kiralah berapa banyak majlis angkat sumpah, lompat melompat, sidang akhbar dan perisytiharan, atau apa jua iklan, paparan, sogokan atau tindakan dibuat ke atas persoalan ini tidak terpakai,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

“Perlembahaan tiada memperuntukkan kuasa untuk menyingkirkan Nizar dengan apa cara sekalipun, termasuk petisyen atau arahan daripada sesiapa juapun.”

Beliau juga berkata, sebuah kerajaan yang sah daripada segi perlembagaan adalah yang diberi mandat oleh rakyat dan hanya mandat itu yang menentukannya. Mandat rakyat kerana kerajaan yang ditubuhkan adalah berasaskan perlembagaan, yang mana ia dipilih melalui pilihan raya yang adil dan saksama.

“Untuk menguji mandat berkenaan maka kerajaan yang memerintah, mesti sama ada menyerahkan kembali kepada rakyat untuk menentukannya melalui pilihan raya negeri ataupun melalui usul undi tidak percaya pada persidangan dewan undangan negeri,’ kata Tengku Razaleigh.

Beliau berkata, untuk menyingkirkan dan menubuhkan kerajaan baru dengan kaedah ataupun cara selain itu adalah bererti melanggar Perlembagaan, melanggari undang-undang dan risiko menubuhkan sebuah kerajaan haram.

source:Perak Daily

Nizar said, “Zambry is still on shaky political ground as he has to dance to their tune, whims, fancies and demands of the three ‘frogs’ if he wants to continue as the head of the state till the next state elections,” said ousted Pakatan menteri besar Mohammad Nizar Jamaluddin.

“The best option for him is to call for fresh by-elections in these three constituencies (of the assemblypersons who switched camps – Jelapang, Changkat Jering and Behrang) to strengthen his political hold on administrating the state,”

Jadi the ‘real kingmakers’ dalam kerajaan Zambry adalah 3 ekor katak. Tanpa sokongan 3 ekor katak, gomen Zambry adalah goyah. Kini Zambry ibarat ‘zombie’ yang dikawal oleh 3 ekor katak berkenaan. BN kata sekarang rakyat dah beri sokongan kepadanya. Jadi nak takut apa? Apa yang berlaku kelmarin adalah proses mengesahkan kerajaan haram jadi halal.

Kalau Zambry berani, bubar saja DUN Perak dan biar mahkamah rakyat pula buat pengadilan. Sekadar menjadi MB yang dihalalkan oleh mahkamah saja, agak kurang sikit nilainya…………..



Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 10 Feb: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan rasa aneh dengan niat saksi utama kes liwat, Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis kononnya diancam bunuh oleh seseorang rakan maya di Facebooknya.

“Yang meragukan adalah Facebook dan blog saya itu diikuti rakyat 60,000 hingga 70,000. Jadi kalau begitu, ada seorang buat catatan (dalam Facebook) dan dalam masa singkat hilang namanya, tetapi dalam masa yang singkat itu dia beri e-mail kepada Saiful bagi saya begitu aneh,” jelasnya di lobi Mahkamah Kompleks Kuala Lumpur tengah hari ini.

Pun begitu, beliau yang juga Ketua Pembangkang meminta pihak polis menyiasat kes tersebut, termasuk e-mail misteri yang diterima Saiful.

“Mengenai laporan (Saiful), tak apalah, biarkan polis siasat, kena siasat siapa yang hantar e-mail kepada Saiful,” jelasnya.

Sebelum itu, Anwar turut menjelaskan bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan kes liwat sehingga 18 Februari ini.

Tambahnya lagi, penangguhan tersebut bertujuan membuat ketetapan sama ada menerima permohonannya untuk mengetepikan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md Diah daripada mendengar perbicaraan atau sebaliknya.

Kata Anwar lagi, peguambelanya Karpal Singh telah pun menghantar afidavit balas pada jam 9.30 pagi tadi, walaupun pasukannya bercadang menghantar afidavit itu petang semalam.



Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 10 Feb: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan jentera parti seluruh negara dan negeri Perak supaya meneruskan gerak kerja dan bangkit dengan semangat baru yang membara ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan semalam.

“Teruskanlah gerak kerja jentera parti di seluruh negeri Perak dan negara, dan bangkitlah dengan semangat baru yang membara untuk meneruskan cita-cita perjuangan PAS selama ini,” katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily.

PAS, jelasnya berpandangan walaupun keputusan mahkamah tidak menyebelahi Pakatan Rakyat, namun yakin rakyat negeri Perak masih dan akan terus bersama dengan kepimpinan Pakatan Rakyat yang diterajui Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Ianya kerana kepimpinan Pakatan Rakyat sememangnya telah dipilih secara sah oleh rakyat negeri itu menerusi proses pilihan raya umum ke-12 lalu.

Episod hitam ini juga diingatkan jangan sesekali melemahkan semangat juang seluruh kepimpinan PAS negeri itu.

“PAS juga menyeru kepada seluruh peringkat kepimpinan PAS di negeri Perak khususnya, dan di seluruh negara amnya agar tidak menjadikan episod hitam ini sebagai alasan yang dapat melemahkan semangat juang,” katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan kepada seluruh rakyat Perak agar bertenang dan tidak terlibat dalam sebarang provokasi yang mungkin dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu.

“Pihak kepimpinan tertinggi PAS pula akan berbincang dalam masa terdekat ini untuk mengambil langkah strategik yang perlu dalam menghadapi suasana ini,” katanya.



{10 Februari 2010}   Juara Rakyat bukti Umno lemah

Mohd Ali Hashim

ALOR SETAR, 10 Feb: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, apabila pemimpin Umno menyatakan program Juara Rakyat mampu mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) membuktikan BN sudah hilang sokongan rakyat.

Sehubungan itu, tegasnya, PAS tidak tergugat dengan program Juara Rakyat yang sedang dianjurkan oleh Umno di seluruh negeri kebelakangan ini.

“Program tersebut hanyalah sebuah program turun padang bagi pemimpin parti mereka mendekati rakyat. Oleh kerana itu, PAS yang menerajui Pakatan Rakyat (PR) di Kedah tidak akan tergugat sedikit pun dengan program yang mereka anjurkan.

“Apabila pemimpin mereka menyatakan program tersebut mampu untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat Kedah kepada Barisan Nasional (BN), maka ia seolah-olah membuktikan BN sendiri sudah hilang sokongan rakyat dan cuba untuk meraih semula sokongan tersebut. Sekaligus ia membuktikan kelemahan diri mereka sendiri,” ujarnya.

Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS negeri berkata, seandainya rakyat negeri ini tidak menyokong BN atau Umno, maka ini bererti rakyat juga menolak Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal.

Beliau juga menyelar dakwaan Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, yang mendakwa kerajaan negeri gagal menangani krisis air.

“Dakwaan Shafie gangguan air di Taman Perindustrian Kulim Hi-Tech dan Universiti Utara Malaysia (UUM) adalah tidak wajar dan bermotifkan politik semata-mata. Kedua-dua kawasan tersebut mempunyai dua situasi yang berbeza, tiada berlaku krisis air seperti didakwa oleh beliau di sana.

“Eloklah beliau meninjau masalah air di kawasannya sendiri di Semporna, Sabah terlebih dahulu, sebelum membuat kenyataan tidak tepat di negeri ini,” katanya.

Menurutnya, gangguan bekalan air yang berlaku di Taman Perindustrian Kulim Hi-Tech kerana bencana alam sehingga menyebabkan air di kawasan tersebut tercemar dan proses rawatan yang dijalankan mengambil masa sehari.

Tambahnya, gangguan itu juga adalah kerana aliran air yang tercemar kerana sisa-sisa kebakaran dari kawasan berhampiran.

Jelasnya, bekalan air di UUM tidak mencukupi kerana tidak dapat menampung permintaan penduduk yang telah bertambah sehingga mencecah seramai 30,000 orang berbanding sebelum ini hanya 15,000 orang.



Amaran angin kencang, ribut petir di Sabah, Perak, Selangor
10/02/2010 11:37am

KUALA LUMPUR 10 Feb. – Keadaan angin kencang dan laut bergelora di kawasan sekitar perairan Sabah iaitu Kudat, Sandakan dan Tawau serta beberapa tempat lain di Palawan, Sulu dan Sulawesi dijangka berterusan sehingga Khamis ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM).

Ia berkata, dengan angin selaju antara 40 hingga 50 kilometer sejam (km/j) dengan ombak setinggi 3.5 meter, keadaan adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut.

Sementara itu, aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Perak dan Selangor pula dijangka berterusan sehingga tengah hari ini dengan angin kencang sehingga 50km/j dan ombak boleh mencapai ketinggian 3.5 meter. – Bernama



dan sebagainya