Kampong orang beristeri dua

Dalam undang-undang Amerika, berpoligami adalah satu kejahatan. Tetapi bagi 1,200 penduduk Centennial Park, iaitu sebuah kampung kecil di Colorado Arizona, berpoligami menjadi impian. Bahkan para gadis justeru ingin berbahagi suami saat menikah kelak. Sekitar 1200 penduduk Centennial Park, kampung kecil berhampiran Colorado, menunjukkan bahawa mereka berpoligami juga dengan alasan sendiri. Berbeza dengan majoriti warga AS, mereka menyebut komunitinya All-American Families (Keluarga Amerika Seluruhnya), dalam erti sebenarnya.

Seperti Ariel Hammon, 32, yang menikahi Helen, 30, yang memberinya tujuh orang anak, kemudian menikahi Lisa, 20, yang memberinya dua anak. Bagi Ariel dan dua isterinya berpoligami bererti menambah tenaga kerja untuk membangun rumah-rumah baru. “Warga di Centennial Park pernah membangun rumah baru berhampiran rumah induk hanya dalam waktu dua hari. Itu kerana ramai anak, banyak sukarelawan,” kata Ariel kepada ABCNews.

Cemburu kerana cinta berbelah bagi? “Kami tidak pernah memikirkannya, justeru ini yang saya impikan sejak dulu,” kata Helen, bekas siswa Ariel seperti halnya Lisa. “Saya tidak ada masalah Ariel sudah menikah, itu saya anggap bonus,” tambah Lisa.

Beberapa penduduk yang ditanya soal seks, mengaku rimas. Menurut mereka, para remaja tetap menjaga keperawanan dan dilarang berciuman sebelum menikah. Dan di tengah keruntuhan moral akibat merebaknya seks bebas di AS, Centennial Park cenderung tertutup dan curiga dengan orang asing. “Kerana agama melarang (seks sebelum menikah),” kata seorang penduduk.

Ariel juga menilai program Big Love di televisyen HBO yang menggambarkan intrik, kecemburuan dan saling menjatuhkan antara para isteri, bukan kenyataan sebenarnya. Ariel menilai yang terpenting adalah menjaga keutuhan rumah tangga dan mengasuh anak-anak sehingga seks bukan prioriti. “Untuk seks, harus mencuri waktu kerana ramai anak di rumah. Tetapi seks adalah ekspresi cinta, banyak cinta di tempat ini,” kata Ariel.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s