Surabaya bagaikan pasaraya pelacuran

Anda akan silap jika berpendapat bahawa Phat pong di Thailand merupakan lokasi penempatan pelacur terbesar. Chow Kit, Kuala Lumpur atau Geylang, Singapura tidak mampu langsung bersaing dengan kehebatan Dolly.

Dolly sebenarnya terletak di Surabaya Indonesia. Ia merupakan lokasi pelacuran yang cukup besar. Ia merupakan legasi yaang ditinggalkan oleh Tante Dolly, seorang wanita Belanda pada zaman penjajahan Belanda di Indonesia lagi.

Kunjungan saya ke Surabaya baru-baru turut membawa saya ke sana. Pergi sekadar melihat kehebatan dan keagungan Dolly di daerah Jarak, Pasar Kembang, Surabaya.

Memang ia sesuatu yang cukup menakukan. Ia bagaikan satu industri di sebuah daerah yang besar. Malah ia kelihatan diberi keizinan penuh oleh pihak pemerintah. Jika di Malaysia, urusniaga dilaksanakan dalam keadaan takut dan bersembunyi. Di sini, wanita diniagakan seperti barang runcit. Lihat, ambil dan bayar…

Pekerja-pekerja seks ini diletakkan di dalam cermin di sepanjang jalan bagaikan barangan di pasaraya untuk dijual. Bagi yang berminat boleh terus melakukan urusniaga. Malah ada ura-ura yang menyatakan bahawa pihak kerajaan akan menjadikan Dolly sebagai lokasi pelancongan.

Cukup setengah jam melihat wajah Dolly, saya mahu segera keluar dari daerah ini. Cukup menginsafkan. Kakak-kakak di Lorong Haji Taib dan Chow Kit muncul di mata saya. Terkenang juga saya pada anak-anak pekerja seks yang berputar-putar sepanjang malam menunggu ibunya selesai “bertugas”.

Pemandu saya sempat berkata ” besar dosa kami pada Tuhan ya pak?”. Saya diam tanpa jawapan.

p/s – Jika ada kenalan anda mahu ke Surabaya, pastikan tujuannya.. hehehe

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s