Pelacur seusia 12 tahun melayan hingga 20 orang pelangan sehari

DHAKA – Terdapat kira-kira 900 remaja perempuan dengan sebahagian daripada mereka berusia seawal 12 tahun hidup sebagai pelacur di kawasan setinggan di Tangail.

Dikenali sebagai setinggan Kandapara, kawasan ‘panas’ itu menjadi tumpuan lelaki untuk mendapatkan khidmat seks terutamanya pada waktu petang.

Pelacur-pelacur remaja itu yang menawarkan perkhidmatan dengan bayaran serendah AS$0.60 (RM1.80) dipaksa mengambil dadah steroid agar mereka kelihatan lebih dewasa.

“Saya lebih berisi setelah mengambil ‘ubat’ ini (steroid) dan dapat melayan sehingga 15 pelanggan sehari,” kata seorang pelacur berusia 17 tahun yang mahu dikenali sebagai Hashi.

Menurutnya, kebanyakan pelacur remaja di sini diumpan sindiket pelacuran yang kemudian menjual mereka kepada ibu ayam.

Dia memperoleh pendapatan kira-kira AS$9.75 (RM29.80) hingga AS$12.19 (RM37.26) sehari dengan jumlah pelanggan antara 15 hingga 20 pelanggan.

Seorang lagi pelacur yang hanya mahu dikenali sebagai Maya, 17, memperoleh pendapatan antara AS$3.66 (RM11.18) hingga AS$6.11 (RM18.67) sehari apabila dia melayan seramai 15 hingga 20 lelaki.

Pendapatan pelacur tersebut menjadi hak ibu ayam yang mengeluarkan wang bagi membeli mereka.

Beberapa pelacur yang sudah berusia atau tidak lagi kelihatan cantik memilih untuk tinggal di Kandapara kerana bimbang akan dipulau jika mereka kembali ke pangkuan masyarakat.

Sumber: Reuters

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s