Wanita dipaksa meniduri lima ribu lelaki

LONDON – Seorang wanita Thailand yang hanya dikenali sebagai Mimi mendedahkan dia dipaksa meniduri 5,000 lelaki pada tahun lalu dan menambah bilangan 600 orang lagi jika mahu hutangnya dilangsaikan oleh penyeludup yang membawanya memasuki Britain, lapor akhbar News of the World semalam.

Pendedahan itu dibuat selepas sekumpulan anggota polis menyerbu dua rumah pelacuran pada Jumaat lalu di sini.

Mimi yang berumur dalam lingkungan 30-an memberitahu hutangnya dengan penyeludup manusia itu ialah £28,000 (RM136,692) dan dia terpaksa menjadi pelacur kerana tidak mempunyai wang untuk membayar balik hutang tersebut.

Dalam serbuan itu, dua wanita ditangkap termasuk seorang ibu ayam berketurunan Ireland manakala rumah pelacuran tersebut diarah ditutup.

Serbuan itu dilakukan selepas wartawan akhbar itu membongkar dua rumah pelacuran yang membawa masuk wanita dari Asia dan Afrika secara haram ke Britain.

Seorang wartawan yang menyamar sebagai bapa ayam diberitahu oleh seorang ibu ayam sebuah rumah pelacuran bahawa dia mempunyai beberapa pelacur dari China, Thailand, Jepun, Taiwan, Korea, Myanmar dan Mongolia. – Agensi

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s