Maut di atas perut janda seberang ketika bersetubuh

SEORANG lelaki Singapura berusia 58 tahun meninggal dunia, dikatakan ketika mengadakan hubungan seks dengan seorang janda di sebuah hotel murah di Batam Rabu lalu.

Kematian lelaki yang sudah berumah tangga dan mempunyai anak itu dikatakan berpunca daripada ubat kuat berjenama Urat Madu yang diambilnya sebelum melakukan hubungan seks itu.

Kematian beliau disahkan seorang pegawai penyiasat kanan Polis Kota Besar Batam-Rembang- Galang (Poltabes Barelang) ketika dihubungi menerusi satu panggilan jauh semalam.

Pegawai yang dikenali sebagai Pak Leo itu mengesahkan bahawa untuk tujuan siasatan punca kematian lelaki tersebut adalah ‘akibat serangan jantung’.

Wanita yang dikenali sebagai Mislani alias Upik, 38 tahun, itu janda anak empat asal Jambi, Sumatera. Mislani mendakwa mengenali lelaki yang disifatkan beliau sebagai kekasihnya itu sejak 7 Februari lalu.

Dalam laporan beliau kepada polis, Mislani mendakwa beliau menjemput lelaki itu di pelabuhan Harbour Bay Batu Ampar pada 7 pagi waktu Batam, iaitu 8 pagi waktu Malaysia. Allahyarham kelihatan segar bugar ketika tiba di pulau yang pernah diberi julukan ‘Bila Anda Tiba Anda Menyesal’ itu.
Dari situ mereka menaiki ojek, iaitu teksi motosikal, menuju ke Hotel Sekawan di Nagoya.

Dalam perjalanan, Allahyarham telah menukar (Dollar Singapura) 150 kepada wang rupiah dan membeli jamu Urat Madu dalam bentuk kapsul, dakwa janda tersebut.

Dalam bilik hotel, Allahyarham dikatakan menelan kapsul jamu itu sebelum melakukan seks dengan Mislani. ‘Waktu lagi berhubungan, tiba-tiba dia mengeluh dadanya sakit. Tak berapa lama dia rebah. Suaranya seperti orang sedang menggorok,’ kata Mislani dalam satu laporan di sini.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s