Suami tikam dan punahkan kemaluan isteri

Selepas kejadian seorang suami didakwa membunuh isterinya di Kuala Lipis kerana cemburu, seorang lagi wanita yang juga jururawat dari Taman Bertam Perdana, Melaka pula menjadi mangsa.

MELAKA: Dalam kejadian terbaru, suami berusia 40-an yang juga seorang anggota tentera cuba menoreh kemaluan isterinya dengan sebilah pisau – gara-gara suspek mendengar ‘bisikan suara halus’ dari dalam rumahnya kononnya isteri dia mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Dia didakwa bertindak demikian kira-kira pukul 10 pagi kelmarin ketika mangsa, Hashimah Nong, 40, berada di dapur rumahnya.

Ketika kejadian, anak bongsu pasangan itu yang berusia empat tahun berada di ruang tamu manakala tiga lagi anak mereka ke sekolah.

“Suspek tiba-tiba menerpa isterinya yang bekerja sebagai jururawat dari belakang lalu menoreh kemaluan mangsa.

“Mangsa yang rebah di lantai dan berlumuran darah, mujurlah sempat menghubungi ambulans,” kata Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah dipetik Utusan Malaysian hari ini.

Tambahnya, semasa ambulans dan polis tiba, suspek yang dalam keadaan tenang menunjukkan tempat dia mencampakkan pisau digunakan untuk menyerang isterinya.

Keadaan mangsa yang dirawat di Hospital Melaka dilaporkan stabil.

Suami mangsa ditahan di Wad Psikiatri hospital sama untuk mendapatkan rawatan.

Adnan menambah, siasatan awal mendapati suspek bertindak demikian kerana kononnya terdengar suara halus mengatakan isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

“Suspek mendakwa sebelum kejadian, dia terlihat jin-jin berterbangan dalam rumah sambil berbisik tentang perbuatan terkutuk isterinya,” katanya.

Beliau berkata, hasil maklumat awal, mangsa memberitahu suaminya menunjukkan perubahan sikap dengan suka berdiam diri sejak seminggu lalu.

Tambahnya, mangsa turut mendakwa suaminya pernah mencekik wanita itu di dalam bilik pada 27 April lalu sambil menyoal sama ada dia mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

“Mangsa yang tidak mengaku kemudian dilepaskan tanpa dicederakan. Kes itu disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan,” katanya.

Akhbar itu turut menemu bual Hashimah yang menggambarkan suaminya seorang yang baik.

“Tak tahu di mana silapnya. Sejak dua minggu lepas, dia mula tidak percaya dan menuduh saya bukan-bukan termasuk mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain,” katanya.

Hashimah berkata, selepas cuba mencederakan kemaluannya, suaminya sempat berkata tindakannya itu adalah sebagai balasan kononnya dia telah melakukan sesuatu yang tidak baik di belakangnya.

“Masa itu, saya sedang membongkokkan badan untuk mengambil beras dan ketika itulah suami menerpa dari belakang cuba menikam kemaluan menggunakan sebilah pisau,” katanya.

Dia berkata, suaminya juga merupakan pelajar sebuah kolej di Bukit Beruang.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s