Gaya bomon berserta jin meratah tubuh wanita

JITRA – Seorang lelaki dipercayai bomoh terus mengganas menjerat beberapa wanita terutamanya di kalangan ibu tunggal menerusi ‘panggilan manja’ sebelum meratah tubuh dan mengikis wang mangsa Lelaki licik yang berlagak seperti seorang alim dan mengaku ustaz ini mempunyai kemampuan luar biasa sehingga membolehkan mangsa ‘jatuh hati’ biarpun buat pertama kali bercakap dengan lelaki ini tanpa menatap wajahnya sebelum ini.

Taktik digunakan lelaki berumur 40-an itu dikatakan telah berjaya menjerat ramai ibu tunggal berduit sebelum memperdaya mereka dengan segala pujuk rayu yang ‘mencairkan’ hati mangsa.

Seorang mangsa yang dikenali sebagai Sabariah (bukan nama sebenar) yang berani tampil membongkar kegiatan kasanova itu mendakwa, dia seolah-olah seperti dipukau setelah menerima panggilan telefon lelaki itu. ”Mula-mula dia hubungi nombor telefon bimbit saya kata dia tersalah dail nombor, selepas itu dia hubungi lagi kata dia ustaz dan ingin mencari isteri untuk dirinya.

“Lelaki itu boleh berubah pelbagai watak dalam sehari.“ Demikian penjelasan Sabariah yang mendakwa menjadi mangsa nafsu seorang bomoh yang tinggal bersamanya selama sebulan .

Ibu tunggal itu berkata, bomoh itu sering bertukar watak iaitu boleh jadi seorang bengis, penyayang atau kaki pukul. Katanya, semua pengalaman dilaluinya itu cukup memberi satu igauan ngeri kepadanya. ”Kadang-kala matanya merah menyala seolah-olah itu bukan dirinya yang sebenar membuatkan saya terlalu takut,” ujarnya.

Sabariah mendakwa, lelaki itu pernah memberitahunya, dia menuntut ilmu 22 baik dan 22 jahat yang memerlukannya bersahabat dengan jin. ”Saya rasa dia memang belajar ilmu hitam untuk ‘menundukkan’ perempuan,” katanya yang telah memulakan hidup baru dengan berniaga kecil-kecilan. Sabariah yang telah bebas daripada bomoh itu berharap dapat melupakan ‘igauan pahit’ itu dan trauma akibat dipukul dan diratah setiap malam.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s