Isteri tak tahan digasak dengan timun dan terung ketika diranjang

KUALA LUMPUR: Seorang suami yang lemah tenaga batin didakwa menggunakan terung dan timun ketika melakukan hubungan seks dengan isterinya.

Akibat tidak tahan dengan perbuatan suaminya, wanita terbabit yang berusia 30-an membuat laporan polis Jumaat lalu sebelum menuntut fasakh di mahkamah syariah kerana tidak tahan dengan penderitaan dialaminya.

Difahamkan, suami mangsa terbabit dalam kemalangan menyebabkan dia hilang upaya untuk melakukan hubungan seks seperti lelaki normal.Sumber polis berkata, mangsa yang tinggal di Jalan Cheras, Kajang, mendakwa suaminya yang berusia 40-an memasukkan timun dan terung secara paksa lebih daripada tujuh kali sejak enam tahun lalu.

“Mangsa yang mengalami penderaan fizikal dan mental akibat perbuatan terbabit pernah merayu kepada suaminya supaya berhenti melakukan perbuatan tidak senonoh itu.

“Dia mendakwa bimbang terhadap kesihatannya selain sering terasa sakit dan tidak selesa kesan daripada hubungan seks menggunakan timun dan terung,” katanya.

Difahamkan, suami mangsa turut gemar melakukan seks ganas bagi mendapatkan kepuasan ketika berasmara termasuk menggunakan jari hingga menyebabkan alat kelamin si isteri mengalami pendarahan.

Mangsa khuatir dijangkiti penyakit yang boleh membahayakan kesihatannya jika hubungan kelamin secara songsang itu berterusan.

Menurut sumber itu, mulanya mangsa berdiam diri dengan memberi peluang suaminya berubah dan meninggalkan perbuatan itu.

“Bagaimanapun, pasangan terbabit yang mempunyai beberapa anak terus dihambat dengan masalah itu menyebabkan mangsa mengalami tekanan perasaan.

“Si suami dipercayai gemar menonton video lucah dan mendapat idea menggunakan timun dan terung melalui adegan yang ditontonnya,

” katanya.Susulan laporan itu, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun.

Kes berkenaan mirip kes seorang lelaki berusia 56 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Kuantan, yang didakwa melakukan seks ganas ke atas isterinya yang berusia 38 tahun Ogos lalu.

Tertuduh didakwa memasukkan objek seperti cota, timun dan kayu untuk mendapat kepuasan seks.

Perihal pakcikli00

Saya adalah dukun asmara
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to Isteri tak tahan digasak dengan timun dan terung ketika diranjang

  1. Farrah R says:

    binatang..!

  2. sulaiman dahari says:

    salam. terima kasih atas perkongsian cerita tu. kalau dah lemah,cubalah cari jalan alternatif saya suka beri cadangan. saya berasal dari johor sekarang tinggal di wilayah. Arwah datok saya dahulu embah sawijan, dukun terkenal di johor. sekarang sepupu saya mewarisi bakatnya.tetapi dia ni jenis diam klu x di minta tolong. Dia ‘tak pernah mengaku dukun’ tetapi kalau nak usaha ikhtiar berhadapan masaalah macam tu bolehlah jumpa, mana tau serasi. nama dia : ustaz adiwijaya, alamat : kg belahan tampok, rengit, batu pahat, johor.

    • ram says:

      salam cik sulaiman…ada no phone ustaz adi tak..takut kalau tak buat temu janji dia tak da rumah kalu pergi…terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s