Penonton lepaskan geram bila penyanyi hulurkan payudaranya dari pentas

CHICAGO, Amerika Syarikat – Penyanyi kacukan Perancis-Vietnam, Tila Tequila, 28, cedera dibaling batu, kaca gelas, najis dan mercun semasa dia berada di atas pentas pada Festival Muzik Juggalos di mukim Hardin, Illinois kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

“Mereka (penonton) membaling batu-batu besar ke arah muka saya manakala botol arak mengenai mata saya dan rambut saya hampir hangus terkena percikan api daripada mercun yang bertaburan di atas pentas,” kata Tequila.

Menurut seorang saksi, batu dan botol itu semakin banyak dibaling semasa Tequila mendedahkan payu daranya.

Dia berkata, penyanyi itu gagal untuk menenteramkan sejumlah penonton yang marah kepadanya.

Penyanyi itu tetap meneruskan persembahan walaupun dia berdarah kerana luka di kepala.

Ketika dia meninggalkan pentas dengan diiringi pengawal peribadi dan petugas keselamatan, sekumpulan besar penonton mengekori Tequila sehingga ke treler penginapannya sebelum mereka mengepung dan memecah tingkap kenderaan itu.

Penyanyi itu kemudian menaiki sebuah kenderaan lain yang meninggalkan lokasi kejadian.

Polis mengesahkan beberapa anggotanya datang menyuraikan keadaan tetapi tidak memberi ulasan lanjut.

Namun, Tequila dalam reaksi menerusi laman sosial Twitter berkata, dia merancang mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur kerana gagal menjamin keselamatan.

Model majalah Playboy kelahiran Singapura yang popular menerusi lagu I Love My DJ. – Agensi

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s