Kesan ngilu dirogol 15 lelaki bertalu talu

MASJID TANAH: Seorang wanita yang mengaku pernah diperkosa bergilir-gilir sekumpulan 15 lelaki, tujuh tahun lalu, mendakwa kini ketagih seks dengan menjadikan suami orang sebagai sasaran memuaskan nafsunya.

Lebih mengejutkan, wanita kemaruk seks itu hanya memburu suami orang yang gemar ‘makan luar’ untuk mencurahkan perasaan dan mendapatkan belaian kasih sayang sebelum meninggalkan ‘mangsanya’ selepas apa dihajati tercapai.

Setakat ini, kembara seks wanita terbabit yang dikenali sebagai Marni, 23, semakin jauh apabila dia mendakwa sudah melayan lebih 30 suami orang sebelum berkenalan dengan seorang lelaki berlagak baik yang kononnya mampu memimpinnya kembali ke pangkal jalan.

Menurutnya, sejarah hitam dalam hidupnya bermula selepas diperkosa beramai-ramai dalam kejadian tujuh tahun lalu, ketika dia berjalan melalui jalan sunyi untuk pulang ke rumahnya dari sebuah kedai runcit.

Katanya, ketika itu, dia dikepung sekumpulan 15 lelaki tidak dikenali sebelum ditolak ke dalam semak lalu dirogol bergilir-gilir.

Anak kedua daripada empat beradik itu cuba meronta dan merayu meminta simpati daripada kumpulan lelaki tidak berperikemanusiaan itu supaya melepaskannya, tetapi dia dirogol sehingga pengsan.

“Kekuatan mereka tidak setanding saya seorang. Mereka ramai, malah rayuan saya meminta dilepaskan menjadi gurauan bagi mereka yang bernafsu iblis itu tanpa belas kasihan merobek maruah saya.

“Kejadian itu menyebabkan saya kini memerlukan belaian lelaki. Setakat ini, sudah 30 lelaki terutama suami orang meniduri saya. Saya mengenakan bayaran RM50 kepada lelaki yang ingin meniduri saya selepas berkenalan untuk tempoh tertentu,” katanya.

Marni berkata, dalam sehari dia boleh melayan 10 lelaki, namun lebih penting dia puas ketika bersama mereka dan menerima bayaran setimpal bagi menampung keperluan seharian dan pada masa sama, dapat melepaskan dendam yang tersemat di hati terhadap lelaki durjana.

“Biasanya saya kenakan bayaran RM20 sahaja untuk ringan-ringan, jika hendak layanan lebih kena bayar lebih bergantung keadaan. Paling penting mereka mesti berduit.

“Kebanyakan lelaki yang saya kenali tak pernah kekal lama, paling lama dua hingga tiga minggu. Bila saya dapat apa dihajati, saya tinggalkan mereka dan mencari lelaki lain terutama suami orang yang gemar mencari kepuasan di luar sehingga lupa isteri di rumah.

“Sebagai manusia biasa, saya juga mengimpikan menjadi seorang isteri solehah pada satu hari nanti, tapi masalahnya saya sukar menemui kasih sayang selagi dendam saya terhadap lelaki belum berbalas,” katanya.

Katanya, sepanjang pencarian cinta sejati itu, dia bertemu seorang lelaki yang dianggap baik dan penyayang, namun lelaki itu melukakan hatinya menyebabkan dia mengambil keputusan nekad untuk membunuh diri.

“Nasib saya baik kerana tindakan saya itu disedari penduduk. Saya kini insaf dan cuba untuk membaiki hidup,” katanya.

Sementara itu, dalam kejadian pada 7 Mei lalu, Marni bertindak memanjat tangki air sebelum cubaannya membunuh diri disedari beberapa penduduk taman itu.

Dia yang berasal dari Johor, baru saja menetap di sebuah taman di Kuala Sungai Baru, dekat sini, bersama adik perempuannya yang sudah berkahwin.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s