Krisdayanti memanaskan lagi babak lucah di Indonesia

JAKARTA – Perbuatan penyanyi terkenal, Kris- dayanti mencium kekasihnya, Raul Lemos di depan wartawan pada satu sidang akhbar kelmarin telah mendapat reaksi daripada Majlis Ulama Indonesia (MUI), lapor sebuah akhbar semalam.

“Mungkin tindakan itu melanggar moral, tetapi dianggap biasa berdasarkan tanggapan kewartawanan,” kata Ketua MUI, KH Hamidan semasa dihubungi dengan telefon bimbitnya di sini semalam.

Menurutnya, perbuatan itu dianggap tidak sihat untuk dilihat oleh orang awam.

Krisdayanti yang popular dengan lagu Menghitung Hari mencium kekasihnya itu di sebuah restoran di Jakarta kelmarin.

Ketika ditanya mengenai harapan isteri kekasih Krisdayanti, Silvalay Noor Arthalia yang meminta MUI menegur suaminya dan penyanyi itu kerana melakukan perbuatan tidak senonoh, Hamidan enggan mengulas lanjut.

“Ya, itu yang kami lihat adakah ia mempunyai kaitan pornografi atau pornoaksi. Namun, ia bukan bidang MUI,” kata Hamidan.

Buat masa ini, kekasih Krisdayanti itu yang merupakan seorang ahli perniagaan Timor Leste masih belum bercerai secara sah dengan isterinya.

Menurut Hamidan, pihaknya berasa resah dengan perbuatan Krisdayanti kerana kini Indonesia dihantui dengan skandal video lucah melibatkan penyanyi Ariel Peterpan, pengacara terkenal, Cut Tari dan Luna Maya.

“Jelas, bagaimana kesannya ke atas anak-anak mereka, masyarakat umum dan isteri (Raul) itu. Kami berasa resah,” katanya. – Agensi

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s