Pelacur berusia 12 tahun

PERTH – Pihak berkuasa Australia kini berdepan gejala pelacuran kanak-kanak apabila pelacur semuda usia 12 tahun dilihat mencari pelanggan di kawasan pinggir bandar di sini, lapor akhbar The Sunday Times semalam.

Akhbar itu melaporkan Pemangku Pengurus Perkhidmatan Remaja Inner City, Jen Korab yang pernah menjadi pelacur kanak-kanak berkata, terdapat pelacur seawal usia 12 tahun bekerja di beberapa taman di bandar berkenaan sejak setahun lalu.

“Sudah menjadi pemandangan biasa apabila terdapat kereta bergerak perlahan dan berhenti dengan tujuan untuk mencari pelacur muda itu di kawasan Perth dan Northbridge,” kata Korab.

“Saya pernah bercakap dengan beberapa pelacur muda itu dan mereka menyatakan terdapat kanak-kanak berumur sembilan tahun yang melacur,” tambahnya.

Menurutnya, pelacur kanak-kanak sering terdedah dengan persekitaran penyalahgunaan dadah bagi menenangkan jiwa kerana mereka belum cukup matang untuk mengawal tekanan.

Susulan pendedahan Korab, Menteri Perlindungan Kanak-Kanak, Robyn McSweeney berkata, beliau amat mengambil berat mengenai perkara itu dan akan menemui Menteri Polis, Rob Johnson dan kelompok aktivis untuk berbincang bagi mencari jalan penyelesaian terhadap gejala tersebut. – Agensi

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Pelacur berusia 12 tahun

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s