Kepala lelaki cedera parah tersepit hampir satu jam

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tersepit hampir sejam selepas kereta dipandunya dirempuh sebuah kereta lain yang terbabas dalam kemalangan di Jalan Kinabalu di sini, pagi semalam. REMUK..kenderaan yang terbabit kemalangan, semalam.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Tengku Amri, 20-an, terpaksa menanggung kesakitan akibat kakinya tersepit selepas bahagian depan keretanya remuk. Dalam kemalangan kira-kira jam 5 pagi berhadapan Masjid Negara itu, sebuah kereta Perodua Kembara yang dipandu seorang ‘awang hitam’ memasuki jalan bersebelahan dengan melanggar tembok konkrit sebelum merempuh kereta mangsa.

Mangsa yang tersepit masih sedarkan diri, namun cedera parah di kepala dan mengadu sakit dada manakala ‘awang hitam’ terbabit tidak cedera.

Orang ramai cuba membantu mengeluarkan mangsa, tetapi gagal kerana papan pemuka yang remuk menghimpit kedua-dua kakinya.

Difahamkan, ketika orang ramai cuba mengeluarkan mangsa, lelaki warga Afrika terbabit melarikan diri.
Pasukan Bomba dan Penyelamat serta polis trafik yang mendapat maklumat kejadian terbabit tiba kira-kira 15 minit selepas itu dan mengeluarkan mangsa.

Mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to Kepala lelaki cedera parah tersepit hampir satu jam

  1. ardzham berkata:

    Malang tak berbau, adakala kita berhati-hati tetapi pihak lain yang cuai dan kita menjadi mangsa. Awang hitam itu mesti dicari dan dipertanggungjawabkan atas kecuaiannya….

  2. zainura66 berkata:

    Persediaan minyak Rozli Terapi
    menurut amanat guru di kasihi
    ramuan rahsia alam sejati
    tanah air angin dan api

    Persediaan minyak Rozli Terapi
    berniat dan selawat kepada Nabi
    disertakan hikmat ayat suci
    berdoa dan memohon kepada Illahi

    Khasiat minyak yang diperlukan
    dengan syafaat dan keizinan tuhan
    tujuan untuk membina kesihatan
    menyembuhkan penyakit tubuh badan

    Ramuan minyak yang dicipta
    daripada unsur alam semesta
    meransang tenaga jasad manusia
    darah daging nafas dan haba

    Bahan minyak melembutkan badan
    mengeluar air mencuci kotoran
    bauannya pula melega pernafasan
    habanya meransang tenaga badan

    Dengan niat bersih dan suci
    serta memohon pertolongan Illahi
    dengan minyak Rozli Terapi
    sembuhlah segala penyakit dialami

  3. pakcikli00 berkata:

    Asalamualaikum

    Ardzham, selai daripada memandu dengan cermat kita juga perlu berhati hati dengan sikap yang kurang sopan pemandu yang terdapat di negara kita. Awang Hitam sememangnya bikin kita selalu pitam.

    salam ceria selalu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s