Pusat urut guna payu dara diserbu



Oleh NUR AISHAH AMIN
nuraishah.amin@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Sapu jeli bermula dari hujung kaki sampai ke leher sebelum tukang urut wanita warga China atau Thailand dalam keadaan bogel sedia mengurut menggunakan buah dada masing-masing bagi memuaskan setiap pelanggan.

Demikian khidmat urut yang ditawarkan oleh dua buah pusat refleksologi di Taman Tun Dr. Ismail yang telah membuka perniagaan masing-masing sejak dua bulan lalu.

Kegiatan tidak bermoral itu terbongkar malam kelmarin apabila sepasukan polis dari Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Kuala Lumpur menyerbu kedua-dua premis tersebut serentak.

Dalam serbuan pada pukul 10.30 malam yang diketuai oleh Deputi Supritendan Razali Abu Samah itu, polis menahan tujuh wanita warga Thailand dan seorang wanita China dipercayai sedang menunggu pelanggan di kedua-dua premis tersebut.

“Kita terpaksa mengumpil pintu hadapan salah sebuah premis kerana pemiliknya enggan membuka pintu ketika serbuan.

“Selepas setengah jam bertungkus-lumus, kita berjaya membuka pintu dan menemui empat wanita Thailand manakala seorang lagi dapat melarikan diri,” kata beliau ketika ditemui di lokasi tersebut malam kelmarin.

Menurut beliau, serbuan di sebuah lagi pusat urut tidak jauh dari situ berjaya menahan tiga lagi wanita Thailand dan seorang wanita warga China.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s