Janda cair dibalun Mat Afrika

KUALA LUMPUR: Seorang janda yang terpikat dengan sikap romantik seorang lelaki Afrika menyebabkan dia kini terseksa apabila wang simpanannya lesap dilarikan teman lelakinya itu.
Wanita terbabit yang berusia 44 tahun yang juga seorang pegawai bank seolah-olah tidak percaya teman lelakinya itu sanggup meninggalkannya sedangkan mereka bahagia dengan perhubungan yang dijalinkan hampir setahun lalu.

Hanya dikenali sebagai Azie, mangsa berkata dia berkenalan dengan teman lelakinya itu di sebuah pusat beli-belah di ibu negara pada pertengahan tahun lalu.

“Sejak bercerai, hati saya seolah-olah tertutup bercinta lagi, namun apabila menemui Youssof yang berusia 10 tahun lebih muda daripada saya, hidup saya lebih bermakna.

“Youssof mendakwa datang ke negara ini sebagai pelajar, namun dia sentiasa meluangkan masa bersama saya menyebabkan diri rasa dihargai,” katanya ketika di temui baru-baru ini.

Menurutnya, setelah beberapa bulan menjalinkan hubungan, dia mula mempercayai lelaki Afrika terbabit walaupun dinasihatkan rakannya untuk berhati-hati.

“Sebelum ini saya sering mendengar helah lelaki Afrika yang sering memperdayakan wanita tempatan, namun penangan cinta sejati Yousoff menjadikan saya buta hati untuk meninggalkannya.

“Apabila bercinta, semuanya indah hingga saya sanggup berkorban apa saja untuk dia termasuk melayan nafsunya serta memberikan wang ringgit,” katanya yang mula meminjamkan RM3,000 setelah sebulan berkenalan.

Namun, selepas itu, teman lelakinya itu sering meminta meminjamkan wang termasuk bagi membuat pembayaran sewa sebuah unit kondominium mewah di ibu negara sebagai lokasi mereka bermadu asmara.

“Setiap kali meminjamkan wang kepada Yousoff, dia berjanji akan memulangkan dua kali ganda wang terbabit. Kadang-kadang saya cuba menipunya untuk tidak memberikan wang, namun belaian Yousoff membuatkan saya cair.

“Dia bijak bermain kata-kata saya jatuh hati hingga tidak sanggup meninggalkannya apatah lagi saya sudah lama kesepian sejak ditinggalkan suami,” katanya.

Azie berkata, kali terakhir dia meminjamkan wang RM26,000 kepada Yousoff yang mendakwa kesempitan wang untuk membiayai yuran pengajiannya ialah bulan lalu.

“Sejak itu, Yousoff gagal dihubungi dan rumah sewanya juga kosong. Pada mulanya saya tidak mahu berprasangka buruk, namun akhirnya terpaksa akur yang saya diperdayakan.

“Wang simpanan lebih RM80,000 habis diserahkan kepadanya sedangkan ia sepatutnya digunakan untuk pengajian dua orang anak saya yang masih bersekolah,” katanya yang membuat laporan polis kerana ditipu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abd Ghany yang ditemui mengesahkan laporan itu dan sedang menjejaki suspek.

“Siasatan awal mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu mendapati suspek menggunakan beberapa identiti dan kami sedang bekerjasama dengan kedutaan terbabit bagi menjejakinya,” katanya ketika dihubungi semalam.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Janda cair dibalun Mat Afrika

  1. khas berkata:

    kenapa lah percayakan sangat orang negro tu sayang ooi, tak ada lagi org melayu kita kah kat malaysia ni, tu lah yg untung negro, kesiankan kat ko orang ni kena tipu hidup2, duit habis, maruah tergadai, kalau kawin dgn org kita melayu, tak standard konon, carilah budak2 bujang kat universiti tu, tolong dia orang, kalau nak kawin pi pinang dia orang apa salahnya, ni malu konon, dgn negro tak malu

  2. butuh keras berkata:

    ish,ish ngapa lah bingong sangat, aku ada seorang kawan, sterinya pun kena tipu mat negro jugak dua tahun dulu. baru2 ni dia nak pinjam duit isterinya, isterinya tak percayakan dia, pada hal dgn mat negro tu dia sanggup bagi puluh ribu, tah apa mat negro tu janjikan dia tak tahulah aku, senang2 jer dia kasi sampai dia korek duit simpanan dia dan anak2 sebab nak kasi kat mat negro tu, tp dgn lakinya ni berkira sgt. memang patutlah kena tipu dgn negro tu. kawan aku tu kawin dgn perempuan ni selepas dia kena tipu tulah, kesiankan perempuan tu dgn anak2 dia, pasal tu dia amik pompuan tu jadi isternya. dia rasa sgt sedih bila isterinya buat cam tu dgn dia. pompuan tu tak ada rasa sayang pun kat dia, sayangkan kat negro tu lagi.bangga kot negro tu janji nak kawin dgn dia, dapat batang besar dan panjang kowt, tp apa pun tarak, negro tu hilangkan diri lepas dapat duit.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s