Cuma beberapa inci di bawah pusat

~Beberapa Inci Dari Bawah Pusat!~

Tolong! Tolong!
Jauhkan diriku darinya
jangan sampai ia meluru padaku
Aku takut! Aku takut!
Ia menyakitkanku
Aku tak rela disakiti!

Tolong! Tolong!
mereka itu jalang!
Memaksa aku duduk di atas perut
beberapa inci di bawah pusat
Aku takut! Takut!
Aku tidak mahu diperlakukan sebegini rupa…

Tolong! Tolong!
mereka itu ramai
bersama-sama meratah
setiap inci habis dijelajah
Aku takut! Aku takut!
Aku bukan Jalang!
Kasihanilah aku!

Tolong! Tolong!
Dengarlah rintihanku
Sudah puas aku meraung
Dengarlah jeritanku
leraikan diriku
mereka itu semakin lahap
Aku dijerat

Tolong! Tolong!
Tolong! Tolong!
Toloooong!

Semakin kuat ia meraung
Semakin galak jalang-jalang itu menghentam
Senyap, senyap, senyap…
tiada bunyi lagi
Setelah habis madu itu disedut
Sepahnya dibuang

Tangkap, culik, ikat, rogol, tikam dan bunuh…
BUNUH!
Ungkapan terakhir dari seorang Jalang kepada mangsanya
hanya kerana tarikan naluri
dari satu tempat iaitu…
beberapa inci dari bawah pusat!

—————

Oleh: Ampuan Awang
Masa Teringat Kejadian Di Ums
14 Februari 2009
Teratak Ulu, Mukim Binunih

P/s: Mungkin ramai yang sudah lupa kejadian2 rogol yang berlaku sebelum ini. Bila dah lupa, orang akan berjalan seperti biasa tanpa memikirkan akan keselamatan diri terutamanya Wanita. Entahlah, penulis x btahu nak cakap apa, cuma nak mengingatkan saja sebelum terjadinya perkara yang buruk atas diri kalian, itu saja. Sekian…

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s