Pak Arab beli dara gadis 12 tahun RM 276 500



MANCHESTER – Sejumlah gadis di Britain yang masih dara dan semuda 12 tahun dijual sehingga £50,000 (RM276,500) kepada beberapa jutawan Arab untuk tujuan seks, lapor sebuah akhbar semalam.

Ibu bapa gadis berkenaan memaksa anak masing-masing menjadi pelacur sebelum menjual mereka kepada jutawan tersebut.

Penjualan itu terbongkar selepas polis bahagian membanteras maksiat menangkap tiga wanita dan seorang lelaki dari Manchester setelah merakamkan aktiviti suspek berkenaan yang menawarkan pelacur berumur 14 hingga 23 tahun di hotel lima bintang di sebuah hotel di London Barat.

Pihak berkuasa juga merakamkan perbualan kumpulan tersebut yang secara angkuh menyatakan cara mereka menyediakan sejumlah pelacur lebih muda serta masih dara. “Ini adalah perkara yang paling buruk. Geng tersebut sangat tamak, mereka hanya mahu duit. Seks dengan gadis sunti berumur 12 tahun dikenakan bayaran semurah £50,000.

“Siasatan kami masih berjalan dan lebih banyak suspek akan ditahan,” kata sumber. Beberapa pegawai penyiasat percaya kanak-kanak terbabit merupakan warga asing dari Eropah Timur, Asia Timur dan Afrika.

– Agensi

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s