Ramai ibubapa jual anak gadisnya menjadi pelacur



JAKARTA: Ramai ibu bapa di Jawa Barat yang kesempitan hidup bertindak menjual anak perempuan mereka sebagai pelacur di sarang pelacuran sekitar ibu negara Indonesia.

Lebih menyedihkan, kebanyakan gadis berkenaan dikurung di rumah pelacuran, tetapi dibenarkan menghantar wang kepada keluarga masing-masing.

Rangkaian televisyen Aljazeera melaporkan, kebanyakan ibu bapa terbabit adalah golongan petani yang miskin dan arah aliran membimbangkan itu dikatakan berleluasa sejak 10 tahun lalu, apabila Indonesia mula dilanda krisis ekonomi yang teruk.

Ibu bapa beranggapan cara terbaik dan paling mudah mendapat wang adalah dengan menjadikan anak mereka sebagai pelacur yang didakwa mendatangkan hasil lumayan.

Kebanyakan anak gadis yang terbabit berusia antara 13 sehingga 14 tahun dan mereka ini, sama ada dijual kepada bapa ayam atau dihantar sendiri ibu bapa ke rumah pelacuran di Jakarta.

Sukim, pemimpin sebuah pertubuhan antiperdagangan manusia berkata, ibu bapa terbabit lazimnya menerima antara AS$200-AS$300 (RM700-RM1,050) bagi setiap anak gadis dijual.

“Tetapi kini, harga itu mencecah sehingga AS$1,000 (RM3,500) bagi seorang gadis. Anak malang itu kemudian dibawa ke Jakarta. Ada juga kes, ibu bapa itu berhutang dengan ejen atau bapa ayam menyebabkan mereka tiada pilihan kecuali membenarkan anak dibawa ke Jakarta untuk bekerja di sarang pelacuran,” katanya.

Sukim berkata, bagi mengelak arah aliran membimbangkan itu berterusan, persatuannya memberi bantuan dalam bentuk pendidikan percuma di perkampungan seperti Bongas di Jawa Barat, yang sudah mencatatkan lima kematian akibat penyakit Aids.

Pelajar perempuan di kampung itu diberi latihan kemahiran memasak sebagai jaminan dapat mencari pekerjaan lebih baik.

Malangnya, kata Sukim, usaha sedemikian terbukti gagal menghalang perbuatan ibu bapa yang terus menjual anak perempuan mereka.

“Kami tidak dapat melakukan lebih lagi apabila pihak berkuasa sebaliknya tidak berusaha menghalang perbuatan itu.”

Ketua kampung yang dikenali Sukara berkata, apa dikesali, arah aliran itu berterusan apabila ramai berasa cemburu melihat kemewahan dimiliki jiran atau rakan sekampung, yang diperoleh menerusi hasil pendapatan anak sebagai pelacur.

“Mereka kemudian bertindak menjual anak itu apabila gadis itu sudah remaja. Saya ada memberi amaran kepada ibu bapa terbabit, tetapi amaran tinggal peringatan.”

Polis pula lazimnya menahan anak gadis itu ketika serbuan di rumah pelacuran, tetapi ibu bapa mereka sebaliknya terlepas daripada tindakan pihak berkuasa.

Perkampungan Bongas itu sendiri tiada bezanya seperti kampung lain di Pulau Jawa – kawasan berpenduduk paling padat di Indonesia.

Seorang penduduk yang dikenali Sanni, dulu pernah mengerjakan sawah tetapi kini memilih untuk duduk di rumah dan mampu tinggal di rumah besar.

Ini disebabkan Sanni dan suaminya bertindak memberhentikan persekolahan anak gadis yang berusia 15 tahun dan sebaliknya dihantar ke sarang pelacuran.

“Kami hidup susah. Di sini tiada perkerjaan dan kami terpaksa menghantarnya bekerja di Jakarta. Anak saya pun tak kisah. Saya sendiri tidak ambil pusing mengenai pekerjaannya itu asalkan kami dapat banyak wang,” katanya yang tidak berasa kesal dengan tindak tanduknya itu.

Anak gadisnya itu bekerja di sebuah rumah pelacuran di Jakarta Utara dan seperti pelacur muda lain dia dikurung.

Dia bagaimanapun, dibenarkan mengirim wang kepada ibu bapanya setiap dua bulan.

Anak gadis itu enggan ditemu bual Aljazeera, tetapi seorang gadis lain senasib dengannya sedia diwawancara asalkan identitinya dirahsiakan.

“Adakalanya saya berasa marah dengan tindakan ayah dan ibu yang tergamak menjual diri ini. Tetapi saya sedar mereka melakukannya kerana banyak berhutang,” katanya.

Atas alasan itu juga, dia tidak berani memberitahu ibu bapanya yang pekerjaannya itu sesuatu yang dibenci. – Agensi

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Ramai ibubapa jual anak gadisnya menjadi pelacur

  1. indon senget berkata:

    salam,,
    wahai masyarakat indonesia,,kamu semakin senget segelintirnya sanggup memeras ugut dan membunuh rakyat negara jiran mu,,,malah kamu menhantar palacur ke negara jiran mu,,walhal kamulah negara yg terdiri nya dari Islam yg ramai,,
    tetapi kamu berpikiran senget,,di sini tiada pn menjual anak,,
    Jika ada mungkin sama senget seperti mu,,

    bawa lah bertaubat,,supaya kamu tidak terjerumus ke dalam jahannam
    kamu mahukan syurga..tetapi di dunia memilih jalan yg bertentangan dengannya,,
    padahal kamu mengetahui dunia adalah jambatan ke akhirat…

    JANGAN LAH KAMU MENJADI BEGGGGOOOOKKKK BENOR!
    BERTAUBATLAH!

    kesian anak mu!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s