Wanita UMNO Johor sedia bantu wanita terlanjur

Wanita UMNO Johor sedia bantu wanita terlanjur
15/02/2010 2:54pm

JOHOR BAHARU 15 Feb. – Ketua Wanita UMNO Johor, Senator Sharifah Azizah Syed Zain berkata, pihaknya memandang serius insiden pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini dan bersedia menghulurkan bantuan kepada mereka yang terlanjur.

Menurut beliau, pergerakan itu meminta mereka yang sudah terlanjur supaya tidak mengambil jalan singkat dengan melakukan pembuangan bayi sebaliknya menghubungi Wanita UMNO Johor bagi mendapatkan bantuan.

“Mereka jangan takut-takut untuk menghubungi Wanita UMNO Johor bagi membolehkan kami menghulurkan bantuan dan seterusnya menyelesaikan segala permasalahan yang mereka hadapi,” katanya.

Katanya lagi, Wanita UMNO Johor dan Barisan Nasional (BN) telah menyediakan pelbagai kemudahan dan tempat yang sesuai untuk menempatkan ibu serta bayi bagi menghindari mereka daripada terjebak dalam kegiatan pembuangan bayi.

Sharifah berkata demikian sebagai mengulas kegiatan pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini termasuk kejadian penemuan mayat bayi lelaki yang sudah terbakar dalam sebuah tong sampah di Kuala Krai, Kelantan, dua hari lepas. – Bernama

Utusan

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s