Tuduhan tidak jejas Anuar sebagai penasihat ekonomi

Harakahdaily

SHAH ALAM, 15 Feb: Perbicaraan mahkamah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menjejaskan tanggungjawabnya sebagai penasihat ekonomi Negeri Selangor.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Datuk Seri Anwar akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi meningkatkan taraf ekonomi dan dasar kebajikan dan beliau percaya perbicaraan yang melibatkan tuduhan palsu tidak akan memberi kesan kepada kerjasama ini.

“Kami menerima komen dari rakyat Selangor bahawa kes tersebut adalah satu jenaka. Kerajaan Negeri menghargai segala idea dan usaha yang diberikan oleh saudara Anwar. Kami juga akan terus bekerjasama terutama dalam meningkatkan pelaburan asing ke Selangor,”kata Menteri Besar.

Minggu lalu, Khalid telah mengadakan satu mesyuarat bersama Datuk Seri Anwar berkenaan penstrukturan semula industri air di Selangor dimana mereka telah diberi taklimat mengenai perbincangan terbaru diantara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Mereka telah membincangkan, antara lain, cara untuk mengatasi masalah kebuntuan dalam perbincangan bersama Kerajaan Persekutuan akibat perbezaan pandangan segi penilaian dan syarat-syarat komersil yang dibentangkan oleh Kerajaan Persekutuan.

“Saya dan Dato’ Menteri Besar sekata dalam pandangan bahawa adalah amat perlu untuk Selangor menyatukan perkhidmatan air demi menjaga kepentingan rakyat Selangor. Harta dan operasi air perlu diserahkanpada Kerajaan Negeri dan penilaian harta yang dibuat perlulah adil kepada rakyat, “kata Anwar selepas mesyuarat tersebut.

Beliau juga mengucapkan terimakasih kepada Dato’ Menteri Besar dan pasukannya kerana bekerja keras dalam menjaga kepentingan rakyat Selangor selari dengan program “Merakyatkan Ekonomi Selango

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s