Lelaki pura-pura sawan elak dicekup

Lelaki pura-pura sawan elak dicekup

KUANTAN – Seorang lelaki sanggup berlakon diserang penyakit sawan dengan mengeluarkan air liurnya bagi mengelakkan dicekup anggota Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kerana berkhalwat dengan pasangannya dalam sebuah bilik hotel dalam Operasi Valentine di sini, awal pagi semalam.

Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama Bahagian Penguatkuasaan Jaip, Ahmad Rafflie Ab Malik berkata, sebelum itu pihaknya terpaksa meminta kerjasama daripada pihak polis kerana keengganan pasangan itu membuka pintu bilik hotel tersebut.

“Kedegilan mereka itu menyebabkan anggota kita terpaksa meminta bantuan pihak polis untuk mengopak pintu bilik berkenaan dan setelah mencuba beberapa kali akhirnya polis berjaya mengopak pintu itu menggunakan beberapa peralatan termasuk kuku kambing,” katanya kepada media di sini, semalam.

Menurutnya, sebaik saja pintu berjaya dibuka seorang lelaki yang juga anggota tentera berusia 28 tahun, berpura-pura diserang penyakit sawan dalam keadaan separuh sedar sambil mengeluarkan air liurnya bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Ketika dicekup, lelaki yang juga suami orang terbabit berbaring atas lantai sambil berlakon seolah-olah terkena sawan manakala pasangannya yang berumur 30 tahun itu menyorok di bawah katil sambil menangis,” katanya.

Menurutnya, wanita yang berasal dari Pekan itu juga juga isteri orang dan dia diikat jamin oleh suaminya yang sebelumnya berang dan mengamuk di pejabat Jaip.

Ahmad Rafflie berkata, serbuan yang bermula jam 6 hingga 9 pagi semalam, di beberapa hotel di sini, pihaknya merekodkan sebanyak 46 kes melibatkan kes khalwat, minum arak dan mendedahkan anggota tubuh di khalayak ramai yang membabitkan pesalah berumur antara 16 hingga 40 tahun.

Menurutnya, mereka yang ditahan berkhalwat akan didakwa mengikut Seksyen 145 (1) & (2) Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (pindaan 87) dan sabit kesalahan didenda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan meminum arak pula katanya, mereka ditahan di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (pindaan 1987) dan sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM5,000 atau tiga tahun penjara dan enam sebatan.

Kesalahan mendedahkan tubuh di khalayak ramai akan didakwa mengikut Seksyen 183 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (pindaan 1987) dan sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali, katanya. – Bernama

Sinar Harian

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s