Wanita trauma kereta dibakar Ah long

Wanita trauma kereta dibakar Ah long

Oleh ANGELINA SINYANG
jenayah@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 Feb. – Ketika masyarakat Tionghua akan menyambut Tahun Baru Cina esok dengan rasa gembira, lain pula terjadi terhadap seorang wanita yang ditinggalkan suaminya sejak lima bulan lalu.

Sudahlah suami menghilangkan diri, dia dan keluarga pula dikejar dan diugut puluhan ah long yang ingin menuntut hutang daripada lelaki itu.

Terbaru, dipercayai beberapa ah long bertindak lebih kejam apabila sanggup membakar kereta wanita itu setelah suaminya gagal membayar hutang.

Insiden berlaku pada pukul 1.30 pagi semasa mangsa singgah di rumah ibu mertuanya di Taman Sri Rampai, Setapak di sini, selepas selesai membeli-belah untuk persiapan menyambut Tahun Baru Cina.

Mujurlah dia bersama dua anak serta ibu dan bapa mertuanya yang berada di dalam rumah tidak dicederakan.

Mangsa berusia 35 tahun yang enggan dikenali ketika ditemui memberitahu, dia singgah di rumah mertuanya selepas membeli baju baru untuk dua anaknya, berusia tiga dan lima tahun.

“Tiba-tiba pembantu rumah kami terlihat kelibat seorang lelaki mencampakkan sesuatu ke arah kereta saya yang diletakkan di luar rumah.

“Sejurus itu, api dilihat merebak menyebabkan pembantu rumah panik dan menjerit meminta tolong,” katanya di sini hari ini.

Mangsa yang masih sedih berkata, beberapa jiran datang membantu namun gagal memadam api.

Sepasukan tujuh anggota Bomba dan Penyelamat Setapak yang tiba kemudian berjaya memadam kebakaran.

Menurut mangsa, dia begitu sedih kerana pakaian yang dibeli untuk anak-anak dan mertua bagi menyambut Tahun Baru Cina turut terbakar bersama kereta itu.

“Saya percaya kejadian ini ada kaitan dengan ah long kerana sejak kehilangan suami lima bulan lalu, kira-kira 30 ah long datang menuntut hutang.

“Oleh kerana suami menghilangkan diri, saya dan keluarga mertua menjadi mangsa ah long apabila diugut banyak kali agar membayar hutang tersebut,” ujarnya.

Mangsa memberitahu, sebelum ini, rumahnya dan rumah mertua pernah disimbah cat beberapa kali.

Katanya, suaminya sebelum ini memiliki perniagaan kereta terpakai.

Utusan

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s