Umno mendidik Melayu jadi Pak Pandir

Anak Sengat

Isu perarakan Maulidurrasul mula menjadi isu politik yang lebih bersifat perkauman. Memang umNO menggunakan isu agam adan kaum untuk menguasai pengundi melayu, sebaliknya bagi pengundi bukan melayu mereka akan dipengaruhi melalui peruntukan.

Di saat orang melayu dilalaikan dengan isu nama Allah, orang bukan melayu diberi peruntukan. Di Perak sebagai contohnya… mereka dianugerahkan dengan lot tanah, peruntukan untuk SJKC/T, dan berbagai peruntukan lain lagi. Sayangnya melayu terus dihangatkan dengan isu yang datang dan pergi. Lebih malang lagi isu itu pula ialah isu yang bukan keputusan yang diangkat menjadi isu negara.

Di saat TPM mensifatkan pembatalan itu sebagai satu penghinaan terhadap Islam, Khairy Jamaludin juga mensifatkannya sebagai satu penghinaan. Lim Guan Eng sebagai ketua Menteri Pulau Pinang menafikannya dan Abd Malek pula telah menjelaskan kekeliruan tersebut.

Isu perarakan sempena Maulidurrasul hanyalah satu program tradisi. Ia dijadikan amalan masyarakat Malaysia. Ia bukan tuntutan agama.. bukan syariat, hanya mungkin bersifat syiar.

Diadakan atau tidak perarakan itu tidak penting, namun mengisi program yang bermanfaat adalah agenda utama yang disarankan untuk menghargai sambutan tersebut. Apa guna dihabiskan wang yang banyak hanya untuk berarak jika yang berarak itu pula ada yang tak solat lantaran letih berarak.

Berarak atau tidak bukan isu. Isunya orang melayu dilenakan dengan isu yang tidak membawa mereka kemana mana. Di saat bangsa lain menuntut sesuatu yang bersifat nyata danmenguntungkan, umNO mempermainkan bangsa melayu dengan isu yang akan berlalu begittu sahaja. Inilah politik membodohkan melayu yang diamalkan umNO.

Benarlah kisah Pak Pandir… menang sorak , kampung tergadai…..umNOlah yang mengajar bangsa melayu menggadai kampung dan negeri mereka

Harakah

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s