Profesor tembak mati profesor

Profesor tembak mati profesor

KAMPUS Universiti Alabama Hunstville (UAH) di sini kelmarin gempar apabila seorang profesor wanita mengamuk sebelum menembak mati tiga orang rakannya setelah kecewa mengetahui dia gagal dilantik secara tetap untuk mengajar di situ.

Suspek, Dr. Amy Bishop, 42, berjaya ditahan pihak polis Amerika Syarikat (AS) yang tiba 10 minit sejurus tembakan dilepaskan kira-kira pukul 4 petang Jumaat (6 pagi waktu Malaysia semalam) dan mengepung kampus UAH selama dua jam.

Polis berkata, suspek telah didakwa membunuh Pengerusi Jabatan Sains Biologi UAH, Gopi K. Podila serta dua profesor madya jabatan itu, Maria Ragland Davis dan Adriel Johnson yang jika sabit kesalahan, Amy boleh dikenakan hukuman mati.

Lepasan Universiti Harvard dan juga pakar biologi saraf itu juga mencederakan 10 orang termasuk tiga mangsa lagi yang dilaporkan parah namun, polis mengesahkan tiada pelajar cedera ketika kejadian tembakan rambang tersebut berlaku.

BEBERAPA anggota paramedik mengusung mangsa-mangsa yang cedera ditembak secara rambang dalam kejadian amuk di kampus Universiti Alabama Hunstville kelmarin.

Kejadian tragis itu bermula apabila Amy masuk ke bilik mesyuarat yang sedang membincangkan mengenai pengesahan pelantikan jawatan sebelum dia melepaskan tembakan rambang. Suaminya yang membuka pintu bilik itu ditahan untuk membantu siasatan tetapi tiada dakwaan dikenakan.

Amy dan suaminya, yang tidak didedahkan nama, dianggap sebagai pasangan bijak serta pernah memenangi satu pertandingan reka cipta di UAH pada 2007, tetapi ramai pelajar tidak menyukai suspek kerana tidak tahu mengajar di dalam kelas.

Beberapa staf di Jabatan Biologi berkata, suspek yang menyertai UAH pada 2003, mungkin bertindak demikian setelah pelantikannya ditolak ekoran petisyen oleh sekumpulan penuntut yang mengadu dia gagal mengajar dengan baik dan hanya menyuruh mereka membaca buku teks untuk lulus ujian.

UAH yang ditubuhkan sejak 1969 kini menempatkan 7,500 pelajar dan universiti awam itu terkenal kerana program kejuruteraan dan sains angkasa serta bekerja rapat dengan agensi angkasa kebangsaan NASA.

Kes tembakan di dalam kawasan kampus belum pernah melibatkan suspek wanita dan ini menjadi kes terbaru selepas Jumaat minggu lalu, seorang pelajar ditembak rakannya sendiri di Madison. – Agensi

Kosmo

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s