Nik Aziz tegur pengantin lelaki pakai emas

Nik Aziz tegur pengantin lelaki pakai emas

KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegur sesetengah masyarakat di negeri itu yang menggunakan cincin emas untuk disarungkan kepada pengantin lelaki.

Katanya, amalan menyarung cincin kepada pengantin lelaki tidak salah walaupun budaya itu datang dari Barat, namun ia bukan diperbuat daripada emas.

“Kerana hendak nampak mahal ada yang bagi emas putih, itu salah. Kalau nak pakai, pakailah yang perak. Nak suruh mahal tetapi haram itu tidak ikut Islam,” katanya semasa menyampaikan kuliah Jumaatnya di sini, semalam.

Katanya, barang perhiasan buatan emas dikhususkan untuk pemakaian perempuan dan adalah tidak sesuai bagi lelaki yang diciptakan untuk bekerja.

Dalam pada itu, Nik Aziz menyarankan agar masyarakat menyegerakan urusan pengebumian jenazah yang baru meninggal dunia.

“Ada daripada kita melambatkan urusan pengebumian kerana tunggu anak balik dari Singapura dan Kuala Lumpur, kenapa tunggu? Itu adalah budaya Melayu, apabila orang mati dia nak cepat menghadap tuhan,” katanya.

Sinar Harian

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s