Misteri perompak tua

Misteri perompak tua

Susunan MOHD AZAM SHAH YAACOB
mohdazam@hmetro.com.my
2010/02/14

GAYA serta kelakuannya tidak lebih daripada lelaki tua biasa yang mungkin dilihat tidak mampu melakukan keganasan, terutama jenayah.

Lelaki tidak diketahui identiti dan dianggarkan berusia antara 50 hingga 60 tahun ini menjadi antara 10 perompak paling dikehendaki Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) yang menggelarnya sebagai TUM atau ‘The Unknown Man’ (Lelaki Tidak Dikenali).

Dengan kehebatan melakukan lebih sembilan rompakan di seluruh AS selain mampu menghilangkan diri tanpa dapat dikesan, dia menjadi satu-satunya perompak yang berani melakukan siri rompakan berbanding penjenayah lain.

Disebabkan kehebatannya dan kegagalan pihak berkuasa mengesannya, FBI meletakkannya dalam senarai Lelaki Tidak Dikenali paling dikehendaki dengan tawaran ganjaran AS$10,000 (RM34,282).

Kes rompakan pertama dilakukan lelaki itu pada April 2009 apabila merompak sebuah bank di Texas, AS.

Dengan hanya berpakaian kemeja lengan pendek warna hijau, jeans dan topi, lelaki yang memakai cermin mata itu dengan mudah merompak juruwang di kaunter bank.

Dalam rompakan berkenaan, lelaki warga emas itu berjalan menuju kaunter juruwang yang tiada pelanggan sebelum menyerahkan satu nota kecil yang ditulis tangan berbunyi “Shut up and hand me some money” (Diam dan serah wang kepada saya).

Kemudian dengan raut wajah tenang, lelaki itu menunjukkan isyarat mata kepada juruwang memaklumkan mengenai dirinya yang turut membawa senjata di dalam bajunya.

Dalam satu laporan, seorang juruwang yang menjadi mangsanya memaklumkan, sesiapa melihat kelibat lelaki itu pasti tidak menyangka dia sebenarnya perompak berikutan air mukanya yang biasa dan hanya bersikap selamba walaupun bank dipenuhi orang.

“Ketika mula melihatnya, saya tidak menyangka dia berniat jahat kerana perlakuannya tak ubah seperti pelanggan lain yang berurusan di kaunter, terutama melihatkan keadaan dirinya yang tua.

“Namun apabila terbaca nota diberi, saya sangat terkejut dan tidak mampu berbuat apa-apa. Saya hanya menyerahkan wang dalam sampul surat kepadanya berikutan takut jika dia mengeluarkan senjata dan mula menembak,” kata Susanne Williard, 38.

Menurut Susanne, sebaik saja menyerahkan wang berkenaan, dia tergamam dan hanya mampu melihat lelaki itu keluar meninggalkan bank.

“Memang waktu itu saya terasa macam berkhayal seperti dipukau. Hanya selepas dia hilang daripada pandangan, baru saya tersedar dan memaklumkan rakan serta pihak pengurusan. Pastinya terlambat kerana dia sudah menghilangkan diri,” katanya.

Laporan dibuat Susanne turut dialami beberapa juruwang apabila masing-masing mengakui hanya mampu melihat lelaki itu berlalu pergi dan tersedar dirompak selepas dia hilang daripada pandangan.

Kes rompakan dilakukan lelaki itu menjadi misteri apabila pihak berkuasa yang menyiasat latar belakang lelaki itu menerusi gambarnya yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) tidak menemui padanan profil individu di seluruh AS.

Lebih menjadikan kes itu bertambah rumit, padanan cap jari diambil pihak forensik di tempat kejadian juga tidak menemui kesamaan dengan cap jari rakyat AS yang berdaftar.

Walaupun semua kes rompakan dilakukan lelaki itu tidak membabitkan keganasan atau kecederaan, FBI mengkategorikannya sebagai berbahaya kerana dipercayai memiliki senjata api dan membawanya bersama setiap kali melakukan rompakan.

Malah, yang membuatkan kes berkenaan bertambah rumit apabila sasaran rompakan lelaki itu sentiasa berubah-berubah berikutan ada antaranya dilakukan di Texas, Arkansas, Georgia, New York dan Alabama.

Nilai rompakan juga berubah apabila lelaki itu hanya meminta juruwang memenuhi sampul surat terbabit dengan jumlah wang dalam simpanan dan sehingga kini jumlah rompakan dilakukannya mencecah lebih AS$1 juta (RM3.42 juta) Sehingga kini pihak berkuasa di AS percaya lelaki tidak dikenali itu hidup secara berpindah randah dan tidak tinggal di satu tempat secara tetap.

Disebabkan itu, sehingga kini identiti ‘The Unknown Man’ masih menjadi misteri di kalangan polis AS serta FBI berikutan ketiadaan maklumat diterima bagi membolehkan lelaki itu ditangkap.

>Info
NAMA: Hanya dikenali sebagai TUM atau ‘The Unknown Man’ (Lelaki Tidak Dikenali)
FAKTA KES: Dikesan melakukan lebih sembilan siri rompakan di seluruh Amerika Syarikat (AS) sejak April hingga Oktober 2009 membabitkan nilai mencecah lebih AS$1 juta (RM3.42 juta)
STATUS KES: Hingga kini semua kes rompakan bank dilakukan lelaki misteri itu gagal diselesaikan berikutan pihak berkuasa di AS belum dapat mengenal pasti identiti sebenar penjenayah terbabit selain ketiadaan bukti

Metro

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s