Maharani Gong Li – romantis dan mendebarkan

Maharani Gong Li

WANITA unggul ini ditemui oleh pengarah tersohor, Zhang Yimou sekitar tahun 1987 untuk membintangi Red Sorghum. Bukan sekadar kepada pengarahnya, filem pertama arahan Zhang Yimou itu serta-merta mengangkat nama Gong Li sebagai pemain penting dalam sinema China. Persembahannya menerusi Raise the Red Lantern pula tercalon sehingga ke Oscar.

Hubungan Gong Li dengan pengarah yang bertanggungjawab mempopularkan namanya di persada seni itu bukan terbatas kepada landasan karier sahaja tetapi juga secara romantik.

Kerjasama mereka dalam produksi filem telah mencipta skandal walaupun Zhang Yimou telah berkahwin ketika itu. Namun, pasangan ini akhirnya berpisah pada tahun 1995 dan tidak pernah bertemu dalam filem selepas itu.

Hanya pada tahun 2006, Gong Li dan Zhang Yimou bertemu semula untuk filem mega Curse of the Golden Flower.

Sempena Tahun Baru Cina yang disambut masyarakat Tionghua hari ini, secebis ceritera Gong Li mengenai Curse of the Golden Flower yang ditayangkan di ntv7 malam ini.

Filem ini muncul selepas sedekad kolaborasi Gong Li dan Yimou menerusi Shanghai Triad pada 1995. Menerusi filem berkenaan, aktres kesayangan Yimou itu diberikan peranan sebagai maharani dan buat pertama kali digandingkan dengan aktor terkemuka, Chow Yun Fatt, yang memainkan watak maharaja.

Merupakan ratu dalam industri hiburan China, Gong Li berjaya membuktikan bahawa tiada sesiapa yang mampu menjayakan watak maharani lebih hebat daripadanya. Hidup dalam kesepian dan penuh dengan dendam, sang maharani memberontak terhadap suami sendiri.

“Lakonannya bertambah matang dan lebih beremosi. Sekarang dia akan berbincang mengenai skrip dan mempunyai pandangan sendiri. Saya tidak melihatnya sebelum ini. Gong Li kini lebih ghairah berhadapan dengan cabaran,” puji Yimou.

Bagi Gong Li sendiri, Yimou seorang pengarah yang berkeyakinan dan serius. Akui Gong Li, dia dalam kondisi selamat dari hari pertama bekerja dengan Yimou pada 1987 sehinggalah ke kolaborasi terakhirnya pada tahun 2006 itu.

“Yimou tidak akan membazirkan bakat pelakon. Saya hanya perlu berlakon dan dia akan merakamkan sisi yang terbaik.

“Di Barat, lakonan saya menerusi filem ini lebih disukai berbanding House of Flying Daggers. Yimou telah meletakkan banyak elemen emosi, kostum yang cantik dan berwarna-warni dalam filem ini,” kata Gong Li.

Menjadi titik pertemuan semula dengan Yimou, filem berkenaan juga menemukan isteri kepada ahli perniagaan Singapura itu dengan Chow Yun Fatt.

“Saya selalu berharap untuk bekerjasama dengannya. Sebagai seorang aktres China, saya akan menyesal jika tidak berpeluang berlakon bersama Yun Fatt,” ujarnya.

Demi cinta, Gong Li kini warganegara Singapura tetapi demi karier, dia bebas berpijak di benua mana sekali pun.

Kosmo

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s