Lagi kes kawin lari ke Indonesia

Lagi kes kahwin lari ke Indonesia

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@uusan.com.my

KUALA LUMPUR 14 Feb. – Kisah beberapa gadis Malaysia yang menderita selepas lari mengikut kekasihnya ke Indonesia seperti disiarkan media sebelum ini, nampaknya masih gagal memberi pengajaran kepada rakyat di negara ini.

Ini terbukti apabila masih ada golongan itu yang sanggup meninggalkan keluarga tercinta di sini hanya semata-mata untuk kahwin lari di negara jiran tersebut.

Terbaru, seorang gadis berusia 19 tahun dari Kampung Setia Jaya, Setapak di sini melarikan diri untuk memenuhi impiannya berkahwin dengan lelaki berasal dari Jawa Timur yang dikenalinya sejak enam tahun lalu.

Malah Noorlaili Hafizah Omar sempat menitipkan nota kepada bapanya, Omar Mahmud, 56, dan memaklumkan tujuannya melarikan diri ke Indonesia, Jumaat lalu.

Antara bunyi nota yang ditulis ialah : “Abah mula ari nie Pijah tak balik rumah sebab Pijah ikut Abang Jo pergi Indonesia, kita kawin kat sana.

“Abah, abah kita mintak maaf atas perbuatan jahat kita abah, kita sedih sangat abah, tapi kita suka kat Abang Jo. Dia baik abah, kalau tak buat cara ni abah tak mungkin bagi kita kawin ngan Abang Jo sebab abah tak suka ngan orang Indonesia, sebab tu kita buat.”

Omar ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di sini hari ini memberitahu, hatinya luluh apabila mengetahui anak kesayangannya itu telah melarikan diri mengikut teman lelakinya ke Indonesia.

“Kehilangan Noorlaili Hafizah atau mesra dipanggil Pijah oleh kami sekeluarga hanya disedari apabila dia tidak pulang ke rumah pada malam Jumaat lalu.

“Kira-kira pukul 11 pagi, dia ada memberitahu mahu keluar menemui sahabat karibnya yang berniaga makanan di Taman Permata, Hulu Kelang,” katanya.

Namun, kata Omar, dia mula bimbang apabila anak keempatnya itu tidak pulang ke rumah sehingga malam, manakala rakannya yang dihubungi memaklumkan Noorlaili Hafizah tidak datang menemuinya.

Katanya, kehilangan anaknya itu kemudian dilaporkan di Balai Polis Taman Melawati.

“Kami kemudian mendapat khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada kakaknya, Siti Norlaila, 24, dan memaklumkan mengenai pemergiannya melalui sekeping nota yang ditinggalkan dalam laci dapur,” katanya.

Omar berkata, Noorlaili Hafizah juga sempat menghantar beberapa SMS memberitahu dia sudah berada di Johor menunggu untuk bertolak ke Jawa Timur.

Dia yang bekerja sebagai pemandu peribadi memberitahu, dia bukan sahaja bimbangkan keselamatan Noorlaili Hafizah tetapi juga sedih mengenangkan isterinya, Rokiah Putih, 50, yang sakit dan rindukan anaknya itu.

Menurut Omar, sejak isterinya mengalami masalah mental kira-kira dua tahun lalu, anaknya itu yang paling rapat dengannya.

“Selama isteri saya sakit, dia yang menjaga makan minum dan memandikan ibunya setiap hari, malah anak saya itu tidak pernah berpisah dengan keluarga kecuali semasa mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Benum Hill Resort, Raub, Pahang pada tahun lalu.

“Hubungan kami juga rapat dan tidak pernah berselisih faham, malah kami sekeluarga langsung tidak mengetahui dia bercinta dengan Sarjo atau mesra dipanggil Abang Jo olehnya.

“Daripada kawan-kawan Noorlaili Hafizah, kami mendapat tahu dia mula bercinta dengan Sarjo sejak 2005 iaitu semasa pemuda itu bekerja membina kondominium di tepi rumah kami,” katanya yang berharap sangat anaknya kembali ke pangkuan keluarga.

Sehubungan itu, Omar merayu orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Noorlaili Hafizah supaya menghubunginya untuk membantu mengesan anaknya itu.

Omar boleh dihubungi melalui talian 017-3107234 atau anak sulungnya, Mustafa Kamal (016-2690277).

Utusan

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s