Tahun Harimau: Berani, jujur, siaga pertahan maruah

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 14 Feb: Tahun Baru Cina kali ini merupakan tahun harimau yang melambangkan keberanian, kejujuran, tangkas, sedia bersaing dan siaga mempertahankan maruah, kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, kebiasaannya masyarakat Cina akan mengambil pedoman dari kitaran tahun-tahun tersebut untuk mencipta dan merencana masa depan yang lebih cemerlang.

“Namun, bagi semua rakyat Malaysia, ciri-ciri baik seperti berani, jujur, bersedia untuk bersaing dan berani mempertahankan maruah ternyata bukanlah asing bagi kita yang mempunyai asas kepercayaan dan tradisi masing-masing,” ujarnya dalam perutusan Tahun Baru Cina.

Katanya, kita semua mahukan yang terbaik buat diri, keluarga, masyarakat dan negara dan berhasrat Malaysia yang dicintai ini senantiasa makmur, bebas dari rasuah dan jenayah.

“Yakinilah, kita rakyat pasti dapat mengharungi segala rintangan demi mengembalikan Malaysia kepada maksud asal penubuhannya,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Tambahnya, harapan kita agar negara ini adil serta saksama menjamin hak semua rakyatnya tanpa mengira kepercayaan dan ras.

“Dengan kesempatan ini izinkan saya mengucapkan Xin Nian Kuaile dan Gong Xi Fa Cai kepada semua rakyat Malaysia berbangsa Tionghua,” katanya.

Justeru, beliau yang juga Ketua Pembangkang mengharapkan sambutan Tahun Baru Cina tahun ini lebih meriah dengan sambutan bersama oleh masyarakat Melayu, India, Iban, Kadazan dan lain-lainnya.

“Selamat menyambut Tahun Baru Cina daripada kami, keluarga dan gerak kerja Keadilan di semua peringkat,” ujarnya lagi.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s