Puau Pinang teruskan perarakan Maulidur Rasul

Mohd Sabri Said

PULAU PINANG, 13 Feb: Exco Agama Islam Pulau Pinang, Haji Abdul Malek Abul Kasim menafikan berita akhbar arus perdana yang mengatakan perarakan Maulidur Rasul dibatalkan di negeri ini.

Jelasnya kepada Harakahdaily, kerajaan negeri juga tidak pernah mengumumkan tentang ketiadaan perarakan tersebut sebaliknya hanya menegaskan kepada wartawan bahawa kerajaan negeri belum lagi membuat keputusan tentang perkara itu kelmarin tetapi semalam semuanya telah selesai apabila satu sidang media diadakan.

“Kerajaan negeri menafikan berita yang tersiar dalam akhbar arus perdana. Apa yang mereka ingin buat adalah mengusutkan keadaan yang tenang,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Maung.

Menurutnya lagi, majlis Maulidur Rasul bermula pada 25 Februari dengan bacaan Yaasin dan tahlil di seluruh masjid negeri ini.

Katanya, pada peringkat negeri pula diadakan di Masjid Negeri yang dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Datuk Seri Utama Dr Haji Abdul Rahman Abas.

Pada 26 Februari, perarakan diadakan sekitar Dewan Seri Pinang di mana pelepasan perarakan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Dr Mansor Othman.

Program ‘Himpunan Ummah’ pagi itu dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama di dalam dewan di samping mendengar ulasan daripada pakar motivasi terkenal tanahair, Ustazah Bahyah Mahmud dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Ustaz Elias Zakaria.

Buat pertama kalinya semasa sambutan Maulidur Rasul, kerajaan negeri melakukan kelainan apabila mewujudkan kelas ilmu selama dua hari berturut-turut di Masjid Negeri.

Kelas yang menceritakan sirah Rasullulah s.a.w. itu disampaikan oleh Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri, Ustaz Rosli Othman.

Harakah

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s