Umno juara perkauman di Malaysia

Wartawan Kita

KOTA BHARU, 12 Feb: Umno dianggap menjadi juara perkauman di negara ini apabila sentimen itu diulang beberapa kali bagi menarik sokongan pengundi Melayu.

Ia bermula dengan peristiwa 13 Mei 1969, kemudian diteruskan pada 11 Mei 1987 apabila Umno menganjurkan perhimpunan kononnya untuk membela orang Melayu.

Anggota jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu berkata, pada perhimpunan 1987 ada pemimpin Umno menjulang keris dengan membuat provokasi terhadap bukan Melayu.

Ketika itu berlaku krisis dalaman Barisan Nasional (BN) membabitkan Umno dan MCA.

“Ekoran peristiwa tersebut kerajaan melancarkan Operasi Lalang. Tetapi mereka tidak menahan pemimpin Umno dan MCA, sebaliknya pemimpin PAS dan DAP yang ditahan ISA.

“Sedangkan pemimpin Umno dan MCA dibiarkan melarikan diri sementara ke Indonesia dan Australia,” katanya pada ceramah di Dataran Stadium Sultan Mohammad Ke-IV malam tadi.

Ceramah penjelasan isu royalti minyak itu turut dihadiri Pengerusi Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim dan anggota parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Ribuan hadir mengikuti ceramah tersebut. Ceramah penjelasan isu royalti minyak pertama diadakan pada 28 Januari lalu berjaya menghimpunkan lautan manusia.

Mohamad berkata, setiap kali menjelang pilihan raya, Umno pasti memainkan semula isu perkauman bagi menarik simpati orang Melayu.

Menurutnya sehingga kini sudah beberapa gelombang isu perkauman dimainkan parti itu dan terbaru cuba dicetus di Pulau Pinang.

“Umno cuba gambarkan orang Melayu di Pulau Pinang terpinggir di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat sekarang. Pemimpin Umno berselindung di sebalik nama NGO Melayu menganjurkan beberapa demontrasi.

“Usaha itu dilakukan semata-mata bagi melemahkan kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai Lim Guan Eng,” katanya.

Sebelum ini kata beliau isu penggunaan kalimah Allah oleh akhbar Herald digunakan Umno untuk membangkitkan kebencian terhadap orang bukan Islam.

Katanya, kerajaan BN seolah-olah membiarkan rakyat bangkit di jalanan untuk membantah isu tersebut ekoran Mahkamah Tinggi membenarkan Herald menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka.

“Isu yang berlaku itu tersebar ke seluruh dunia sehingga dipandang negetif negara luar.

“Apa yang berlaku tersebut sudah cukup untuk menggambarkan kegagalan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri,” katanya.

Menurut beliau tangkapan beberapa orang pemuda ekoran kejadian pembakaran gereja dan surau dilakukan kerajaan bagi menutup kes tersebut selepas ia tersebar luas.

Zaid pula berkata, sekiranya rakyat gagal mencabut kuasa daripada Umno dan BN pada pilihan raya umum akan datang negara ini akan rosak lebih teruk.

“Kena ajar betul-betul Umno dan sekiranya dibiarkan lebih banyak lagi penyelewengan dilakukan,” katanya.

Harakah

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s