Sofi Wahab: JK Tatatertib Umno lebih hebat dari SPRM

Sofi Wahab

Saya mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Mohd Ali Rustam kerana telah dibebaskan dari sebarang kes rasuah melibatkan politik wang. Hal ini dinyatakan oleh Suruhanjata Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini (12 Februari).

Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Shukri Abdull dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Dalam masa yang sama saya mengucapkan ‘takziah’ kepada rakyat Melaka kerana masih mempunyai seorang Ketua Menteri yang jelas didapati bersalah oleh Jawatankuasa Tatatertib Umno. Maka kita di Melaka terus mempunyai Ketua Menteri yang mengamalkan rasuah.

Saya cukup dengan SPRM yang dikatakan hebat, telus dan professional tetapi gagal mencari sebarang bukti bahawa Datuk Ali terlibat dengan rasuah sedangkan bukti-bukti kukuh berjaya diperolehi oleh Jawatankuasa Tatatertib Umno.

Nampaknya Jawatankuasa Tatatertib Umno lebih hebat dari SPRM.

Saya memohon kepada Pesuruhjaya baru SPRM, Datuk Haji Abu Kassim Mohamad supaya meneliti semula kes ini kerana kita ragu dengan hasil siasatan kes ini.

Sebagai rakyat Malaysia, kita mahu SPRM bertindak dengan penuh tanggungjawab, professional dan telus.

Lembaga Disiplin Umno memutuskan Ali Rustam bersalah kerana terlibat dengan politik wang semasa kempen pemilihan menjelang Perhimpunan Agung Umno 2009 di mana beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno.

Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tengku Ahmad Rithauddeen menyatakan Ali melanggar Perkara 10.1, Tata Etika Ahli Umno yang membawa hukuman dilarang daripada bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden sahaja.

Pada 18 April 2009, Adun Kesidang yang juga Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San mengemukakan undi tidak percaya kepada Ali Rustam kerana terlibat dengan politik wang dalam pemilihan Umno 2009.

Usul meminta kerajaan negeri Melaka mengumumkan pemilikan harta Ketua Menteri, barisan Exconya dan Adun negeri Melaka turut juga ditolak. Usul-usul ini hendak dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka pada 20-23 April 2009 tetapi ditolak oleh Speaker Dun, Datuk Othman Muhamad.

Sofi Wahab ialah Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka

Harakahdaily

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s