Malaysia di tempat tertinggi dalam penggunaan ICT

Malaysia di tempat tertinggi dalam penggunaan ICT

12/02/2010 6:02pm

KUALA LUMPUR 12 Feb — Malaysia mencapai tempat tertinggi dalam pemasangan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di antara 25 negara yang didorong sumber dan keberkesanan di Nokia Siemens Network”s Connectivity Scorecard 2010.

Ia menerajui kumpulan itu untuk tahun ketiga berturut-turut.

“Connectivity Scorecard” adalah indeks ICT global, satu kajian tahunan yang menyenaraikan negara bukan hanya menurut pemasangan prasarana ICT tetapi juga mengambil kira tahap kerajaan, perniagaan dan pengguna menggunakan teknologi untuk meningkatkan kemewahan sosial dan ekonomi.

“Malaysia menjadi ekonomi dipacu sumber yang teratas dengan catatan mata 7.14 mengatasi Afrika Selatan (6.18), Chile (6.06), Argentina (5.9) dan Rusia (5.82),” kata Nokia Siemens Networks dalam satu kenyataan hari ini.

Malaysia juga mengatasi jiran Asean seperti Thailand dan Indonesia, kecuali Singapura yang berasa di dalam kumpulan ekonomi didorong inovasi.

Negara-negara dibahagikan kepada dua kumpulan— ekonomi maju didorong inovasi dan ekonomi didorong sumber yang kurang maju.

Di kalangan ekonomi didorong inovasi, Amerika Syarikat buat kali pertama semenjak “Connectivity Scorecard” diperkenalkan tiga tahun lalu kehilangan tempat teratas kepada Sweden.

Sweden mengetuai kumpulan ekonomi didorong inovasi dengan catatan 7.95 mata, mengatasi AS (7.77), Norway (7.74), Denmark (7.54) dan Netherlands (7.52).

—BERNAMA

Utusan

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s