Waspada ajaran sesat mengarut di pusat urut

Waspada ajaran sesat di pusat urut

KERATAN muka depan
Kosmo! semalam.

PULAU PINANG – Jabatan Hal Ehwal Agama Pulau Pinang (JHEAPP) mengesan kegiatan ajaran sesat yang mula berkembang ke negeri ini dengan berselindung di sebalik pelbagai aktiviti perniagaan termasuk membuka pusat refleksiologi.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JHEAPP, Ghazali Saad berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang awam mendakwa kumpulan itu membuka sebuah pusat refleksiologi.

Katanya, ketika proses rawatan mengurut, tukang urut dipercayai ahli kumpulan ajaran sesat itu akan membaca mentera tertentu dan menyebut:

“Ya Allah dengan berkat dan karamah guruku, sembuhkanlah penyakit…”

“Kita dapati ajaran mereka mula berkembang secara sulit kerana apabila disoal siasat, pekerja di situ tidak mengaku bahawa mereka adalah ahli kumpulan berkenaan,” dedahnya kepada pemberita di sini semalam.

Kenyataan itu dibuat selepas kejayaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menumpaskan satu kumpulan ajaran sesat yang dikenali sebagai Abdul Rejab di Putrajaya kelmarin.

Ghazali berkata, ketua kumpulan itu yang mendakwa kerabat diraja itu turut menggunakan kanak-kanak berusia antara lapan dan 11 tahun untuk mengutip derma bagi menjana pendapatan.

Katanya, siasatan jabatannya mendapati, kanak-kanak itu meminta derma dan penderma akan dihadiahkan cakera padat lagu dakwah.

“Cakera padat lagu dakwah itu adalah nyanyian dua penyanyi dan kita sedang siasat kaitan antara lagu-lagu itu dengan kegiatan kumpulan berkenaan,” katanya.

Katanya, antara percanggahan akidah dalam ajaran tersebut adalah mengaku mengamalkan Aurad Muhammadiah; mengadakan kuliah tertutup untuk ahli serta mendakwa didampingi ‘Pak Syeikh’ atau Wali Allah.

Ketua kumpulan itu pernah mendakwa rohnya berada di Gunung Jerai bersama Wali Songo dan Nabi Khaidir sedang tubuhnya berada di Damansara.

Sumber: kosmo

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s