Umno Besut tidak iktiraf jawatan Muhyiddin ?

Harakahdaily

BESUT, 11 Feb: Kemelut yang melanda Umno Terengganu nampaknya semakin membarah apabila kain rentang satu program timbalan presiden parti itu yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini tidak dipaparkan sebarang jawatannya.

Kain rentang yang memaklumkan Majlis Kecemerlangan Pendidikan Bersama Muhyiddin yang akan diadakan di Dewan Majlis daerah Besut, di sini pada Sabtu ini yang dipasang di beberapa lokasi di Jertih termasuk di hadapan pejabat Umno bahagian langsung tidak menyebut jawatannya sama ada di dalam kerajaan mahupun parti.

Walaupun penganjur program tidak dinyatakan, namun berdasarkan lambang Umno yang terdapat pada kain rentang itu menunjukkan bahawa majlis kecemerlangan itu dianjurkan oleh Umno.

Pada sesetengah pemerhati, adalah tidak munasabah sama sekali pemimpin nombor dua negara seperti Muhyiddin itu tidak diletakkan sebarang jawatannya sama ada di dalam kerajaan atau parti.

Paling tidak pun, jawatan sebagai Menteri Pelajaran ditulis pada kain rentang itu kerana ia berkaitan dengan majlis kecemerlangan pendidikan di samping menyebut Besut, bumi ulul albab.

Orang ramai turut mempertikaikan tindakan pihak berkenaan yang langsung tidak menyebut jawatan Muhyiddin, sedangkan ketua cawangan atau bahagian Umno lazimnya ditulis pada kain rentang atau poster untuk sesuatu program yang diadakan.

“Tak kan jawatan Muhyiddin lebih rendah daripada ketua cawangan atau bahagian Umno atau langsung tak ada jawatan dalam kerajaan sedangkan beliau adalah Timbalan Perdana Menteri,” getus seorang petugas parti.

Apapun, situasi panas yang melanda Umno negeri, ditambah pula dengan tersingkirnya ketua Umno bahagian sebagai menteri besar selepas Pilihan raya Umum ke-12 lalu dan pelantikan Naib Presiden Umno menerajui Umno negeri ini sudah cukup untuk menggambarkan betapa kemelut yang melanda itu tidak mudah untuk diredakan.

Sementara itu, penjaga pelajar melahirkan rasa sangat menyampah dengan apa yang dilakukan oleh Umno yang memperalatkan Pejabat Pelajaran Besut dalam mengadakan majlis kecemerlangan pendidikan itu.

Bagi mereka, tidak patut sama sekali dalam majlis yang dihadiri sama oleh murid cemerlang UPSR dan PMR 2009 itu, meletakkan agenda nyanyian lagu Umno sebelum acara bermula yang hanya sesuai kalau ia dilaksanakan dalam perhimpunan parti itu.

Harakahdaily dimaklumkan setiap sekolah rendah, guru diwajibkan hadir seramai 19 orang manakala sekolah menengah pula ialah 30 orang.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s