Pengaruh Nizar masih kuat

Pengaruh Nizar masih kuat

SHAH ALAM – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin masih mempunyai pengaruh dan menjadi pilihan rakyat meskipun Mahkamah Persekutuan kelmarin memutuskan beliau bukan Menteri Besar Perak yang sah.

Katanya, kepimpinan yang diterajui Mohammad Nizar masih lagi kukuh memandangkan ia adalah pilihan rakyat yang mengundi beliau dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) lain dalam Pilihan Raya Umum ke-12, Mac tahun lalu.

”Dalam menghadapi suasana sebegini, Pas meminta seluruh rakyat Perak yang cintakan keamanan dan keadilan supaya bertenang dan mengelakkan diri dari terlibat dalam sebarang provokasi yang mungkin dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu.

”Pihak kepimpinan tertinggi Pas pula akan berbincang dalam masa terdekat ini untuk mengambil langkah strategik yang perlu dalam menghadapi suasana ini,” katanya dalam satu ke- nyataan kepada :Sinar Harian:, semalam.

Menurutnya, peristiwa hitam itu tidak patut melemahkan semangat juang dalam kalangan pemimpin dan anggota parti dalam usaha mendapatkan keadilan sebenar.

”Teruskanlah gerak kerja jentera parti di seluruh Perak dan negara dan bangkitlah dengan semangat baru yang membara untuk meneruskan cita-cita perjuangan Pas selama ini,” katanya.

Mahkamah Persekutuan kelmarin memutuskan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah adalah sah dan menolak rayuan bekas Menteri Besar, Datuk Seri :Mohammad Nizar Jamaluddin.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s