Jika seks wanita diransang dari telingga mulutnya terngaga, lelaki kena faham le !

Secara asasnya, wanita akan merasa lebih nikmat sekiranya mereka merasa terlibat atau dipentingkan semasa hubungan seks. Ini adalah antara perkara asas yang perlu diketahui oleh para suami.

Dalam seksologi Timur, telinga wanita menjadi antara faktor terpenting yang akan menyebabkan dia merasa puas dan bahagia apabila melakukan jima’ dengan suaminya. Telinga jugalah (jika tidak puas) akan menjadi antara sebab kenapa isteri boleh berlaku curang sedangkan suaminya melakukan jima’ bersamanya secara kerap.

Kuncinya ialah: “Kelemahan lelaki pada matanya. Kelemahan wanita pada telinganya”. Seorang lelaki yang dianggap pandai “tangkap lentok” walaupun ke atas isteri oranglain sebenarnya pandai bermain dengan telinga wanita. Mereka pandai memujuk, pandai memilih perkataan-perkataan yang mencairkan, pandai berkata bahawa dia ambil berat, dan pandai berkata sayang secara tersirat.

Oleh itu bercakaplah isteri, kerana mereka sebenarnya mahu suami selalu berkata-kata. Bila suami diam, isteri akan mempunyai berbagai tanggapan, dan kebiasaannya tanggapan itu negatif, iaitu sama ada “suami sedang dalam mood tak baik” atau “suami sedang marah” atau “suami tidak peduli”. Hanya isteri yang kebetulan dapat suami bisu akan menganggap “dia memang dah macam tu..”

Allah kurniakan untuk lelaki suara yang garau. Kadang-kadang bila bercakap, bunyinya macam guruh. DikurniakanNya untuk wanita suara yang halus seperti suara kanak-kanak. Walaupun suara wanita halus, biasanya yang keluar dari mulut wanita sifatnya “keras dan panas” (orang sekarang menyebut “mulut laser”) dan suara itu dikasarkan. Emosi wanita selalu lebih memainkan peranan dalam banyak situasi. Tapi walaupun wanita selalu “keras”, itu dianggap oleh lelaki sebagai kebiasaan wanita, dan wanita biasanya akan seimbangkan “keras” itu dengan menggoda pandangan mata suami. Lalu suami jadi lemah kerana keras.

Berbeza pula dengan lelaki. Walaupun suara lelaki garau, yang keluar dari mulut lelaki biasanya “lembut dan sejuk”. Anda juga dapat perhatikan bahawa bila lelaki bercakap dengan wanita, suara yang garau itu akan jadi lebih halus dan lebih lembut. Akal lelaki selalunya lebih memainkan peranan dalam banyak situasi.

Layanan dalam kelembutan inilah santapan untuk telinga wanita. Dalam hal artikel ini, ia adalah santapan untuk telinga isteri (bahaya jika disebut wanita, kerana ia istilah umum). Sebenarnya isteri mahu dilayan dan diambil berat. Selalunya pun, isteri suka perbualan-perbualan yang berbaur romantis dari mulut suaminya.
Kerana lelaki lebih banyak gunakan akal dari emosi, ramai lelaki jadi kurang romantis dan bercakap “tanpa ada perasaan”. Contohnya “Pada hemat sayalah, hari ini awak masak gulai ayam masak lemak cili padi lagi baik”. Tidak ada perasaan. Contoh kata-kata yang ada perasaan “Yang.. yang.. kalau sayang masak gulai ayam masak lemak cili api, abang akan makan sampai berpeluh.. Berpeluh macam masa kita projek… Hehe”.

Isteri puas dalam jima’ kerana telinganya puas. Bukan puas kerana suami meniupkan angin ke telinganya, tapi puas kerana suaminya melayannya sebagai seorang kekasih walaupun kini mereka sudah ada cucu. Untuk memberi nafkah batin yang memuaskan kepada isteri, mulakanlah dan teruskanlah dengan merangsang telinganya. Rangsanglah telinganya dengan berkongsi cerita, puji-pujian, gurau-senda, bertanya dan yang sewaktu dengannya, bukan pandai pujuk-rayu bila mahu projek
saja.

Rangsangan kepada telinga isteri seharusnya berlaku setiap ada kesempatan pada setiap hari. Kemudian ketika istimta’, rangsangan kepada telinga harus diteruskan. Tidak terlambat jika suami berkata “Abang sayang ayang… Ayang tak sayang abang ker…?” Lalu isteri tidak terlambat jika dia menjawab “Eh abang ni… Tu yang saya masak gulai lemak cili api tadi tu tanda sayang ler tu…”. Walaupun isteri tidak secara “direct” (dalam kes ini) berkata dia sayang, tapi dia telah beri bukti bahawa dia sayangkan suaminya. Jadi, sebagai suami kita bagaimana pula? Apakah bukti sayang kita kepadanya jika dia merasa bahawa dia adalah orang asing dalam rumahtangga sendiri? ~~infoseksmelayu

Sumber http://mran3238.wordpress.com/

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s