Isteri duta berjanggut

Isteri duta berjanggut

2010/02/11
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

DUBAI: Seorang duta Arab mengambil keputusan membatalkan perkahwinannya selepas mendapati wanita yang baru dinikahinya berjanggut dan juling.
Duta berkenaan mendakwa, ibu wanita itu menipu ibunya apabila dia melawat bakal isterinya, warga Teluk, dengan menunjukkan gambar adik pengantin perempuan.

Lelaki Arab itu yang berjawatan menteri penuh, memberitahu sebuah mahkamah Syariah di Dubai, keluarga pengantin perempuan menunjukkan ibunya gambar adik pengantin perempuan, bukan wanita yang bakal dikahwininya.

Sumber yang rapat dengan kes itu memberitahu akhbar Gulf News, duta itu hanya menemui bakal isterinya beberapa kali.

Dia tidak menyedari wanita itu berjanggut kerana dia sentiasa berpurdah ketika mereka bertemu.

“Setiap kali mereka bertemu, pengantin perempuan akan berusaha sedaya upaya untuk tidak mendedahkan keseluruhan mukanya.

“Selepas duta itu dan wanita berkenaan, ahli fizik, dinikahkan, pengantin lelaki cuba mencium pengantin perempuan. Ketika itu baru dia sedar wanita itu berjanggut dan juling,” kata sumber itu.

Duta itu kemudian mengambil keputusan membatalkan majlis perkahwinan dan mengemukakan tuntutan cerai dengan mendakwa dia ditipu mentuanya.

Lelaki itu juga menuntut bayaran ganti rugi kerana tekanan emosi dan moral.

Dalam samannya, dia turut meminta keluarga pengantin perempuan membayar semula 500,000 dirham (RM467,000) yang didawanya dibelanjakan untuk barang kemas, pakaian serta hadiah lain.

Sementara itu, pengantin perempuan, dalam perbicaraan kes itu, mendesak hakim menolak tuntutan pengantin lelaki dan menuntut dia membayar nafkah.

Menurut laporan, duta itu meminta mahkamah Syariah merujuk wanita berkenaan kepada pakar bagi menjalani pemeriksaan masalah hormon.

Bagaimanapun, selepas menjalani pemeriksaan, wanita itu didapati tidak menghadapi masalah berkenaan.

Hakim akhirnya meluluskan perceraian mereka tetapi menolak tuntutan lelaki itu supaya pengantin perempuan mengembalikan hantaran perkahwinan. – Agensi = metro

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s