Awas ! pelajar juga belajar mencuri.

TUMPAT: Seorang pelajar institusi kemahiran adalah antara lapan yang ditahan semalam kerana disyaki terbabit dengan kegiatan curi motosikal sekitar jajahan Tumpat melibatkan kerugian RM110,000.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Khalid Munap, berkata pelajar berkenaan ditahan bersama kumpulan dikenali sebagai ”Geng Nuar”.

“Kesemua lelaki berkenaan yang berumur antara 18 hingga 27 tahun itu ditahan sekitar kawasan Tumpat dan dengan penangkapan itu kita percaya sebanyak 30 kes kecurian motosikal dapat diselesaikan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Khalid berkata, selepas mencuri motosikal berkenaan mereka akan membuang kerangkanya ke sungai manakala enjin akan dijual kepada orang tengah dengan harga RM350 hingga RM400 untuk dipasangkan pada motosikal lama.

Katanya, polis menjumpai lapan kerangka motosikal dalam sungai serta enam buah motosikal yang digantikan dengan enjin curi.

“Kita juga sudah mengenal pasti beberapa kumpulan lagi yang terbabit dengan kegiatan ini,” katanya.-Bernama

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s