19 pelayan warga Filipina dan Indonesia ditahan sebelum menahan

20 pelayan pelanggan ditahan di Johor Jaya

2010/02/11

JOHOR BAHARU: Seramai 20 wanita warga asing dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan berasingan di dua kelab malam di Taman Johor Jaya oleh Jabatan Imigresen di sini malam tadi.
Ketua unit operasi bahagian penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor, Abdul Aziz Mat Sab berkata, kesemua 19 warga Filipina dan seorang warga Indonesia berusia antara 23 hingga 36 tahun itu, ditahan dalam ‘Ops Sayang’ yang bermula 9.30 malam kerana disyaki menjalankan aktiviti tidak bermoral.

“Wanita-wanita itu didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial mereka,” katanya.

Mereka ditahan mengikut Peraturan 39 (b) Akta Imigresen 1959/1963 kerana melanggar syarat permit dan kini ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Pekan Nenas, Pontian, selama 14 hari. Beberapa orang pelanggan turut ditahan tetapi dilepaskan selepas keterangan mereka diambil.-Bernama

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to 19 pelayan warga Filipina dan Indonesia ditahan sebelum menahan

  1. anakmelayupantangdcabar berkata:

    knapa warga asing ni x pernah serik ke malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s