Zambry dimaklumi, K Lumpur ke Kampar cemari 35 rumah penduduk

Banjir lumpur cemari 35 rumah penduduk

KAMPAR – Rata-rata penduduk di Jalan Burung Helang dan Jalan Burung Merpati, Taman Sri Kampar masih lagi trauma dengan tragedi banjir lumpur yang menimpa mereka petang Isnin lalu yang memusnahkan hampir keseluruhan bahagian isi rumah.

Kira-kira 35 rumah ditenggelami banjir lumpur dalam tempoh hanya 10 minit akibat hujan lebat hingga memusnahkan pelbagai kelengkapan rumah termasuk perabot, barangan elektrik, pakaian, buku, barang dapur dan tempat tidur.

Kejadian banjir lumpur itu dikatakan berpunca daripada runtuhan tanah dari atas bukit berikutan pelaksanaan projek penanaman pokok kelapa sawit.

Hakisan tanah dari puncak bukit yang jelas dilihat kira-kira satu Kilometer dari rumah penduduk itu dipercayai menjadi faktor utama kepada kejadian banjir lumpur tersebut.

Seorang penduduk, Zoharah Biran, 36, berkata, hujan lebat bermula kira-kira jam 5.40 petang dan 10 minit kemudian, menyebabkan keseluruhan bahagian rumah yang menghadap kawasan bukit dan sederet lagi terletak bertentangan ditenggelami lumpur.

“Kejadian ini bukan yang pertama malah sudah banyak kali berlaku apabila hujan lebat, namun kali ini adalah yang terburuk,” katanya kepada Sinar Harian ketika meninjau lokasi itu.

Zoharah berkata, tindakan meluluskan penebangan pokok dan penanaman semula kelapa sawit yang dijalankan di atas bukit adalah tidak wajar kerana pihak pemaju projek mengabaikan ciri-ciri keselamatan penduduk tanpa membuat saluran air sehingga lumpur memusnahkan rumah.

“Pemaju projek pertanian sudah pasti mengetahui tentang ciri keselamatan yang perlu diikuti dan projek dijalankan harus dipantau pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Sementara itu, Rosdi Osman, 53, berkata, pelbagai barangan miliknya musnah dalam kejadian banjir lumpur itu.

Menurutnya, barangan rumah seperti tikar getah, mesin basuh, dua motosikal, kereta dan pakaian turut terkena lumpur.

“Hujan lebat sejak jam 5.30 hingga jam 6.30 petang kelmarin membawa lumpur dari atas bukit kerana tiada saluran atau longkang dibuat.

Manakala, Susheela Kuppusamy, 38, berkata, lokasi rumahnya yang terletak di hadapan anak sungai menyebabkan hampir keseluruhan diliputi lumpur dan paling teruk terjejas.

Ibu kepada enam anak berusia antara enam bulan hingga 13 tahun itu berkata, kejadian itu turut merosakkan peralatan dan buku sekolah anaknya.

“Kasut, buku, peralatan sekolah anak-anak musnah. Selimut untuk anak-anak saya juga habis basah terkena lumpur, malam ini (Isnin) kami tidur tanpa selimut.

“Bagaimana hendak tidur, hati pun tidak tenteram, takut dan trauma masih ada,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua MCA Bahagian Kampar, Chang Gwo Chyang yang mewakili Ahli Parlimen berkata, pihaknya akan cuba memberi bantuan dari segi kebajikan dan makanan agar mangsa banjir lumpur mendapat perhatian dan boleh menjalani kehidupan seperti biasa.

“Penduduk terpaksa mencuci rumah sehingga jam 3 pagi dan ada yang bimbang jika hujan lebat berlaku lagi serta hakisan tanah,” katanya menjelaskan bantuan berupa 250 paket makanan diedarkan kerana dikhuatiri penduduk yang terjejas masih belum sempat menjamah makanan sejak petang kejadian kerana ruang dapur turut dicemari lumpur.

Manakala Penasihat Menteri Besar Perak, Datuk S Veerasingam ketika melawat lokasi itu berkata, pihaknya akan mendapatkan senarai nama mangsa bagi memudahkan urusan bantuan dan menyelesaikan masalah itu.

“Bagaimanapun, kita bersyukur kerana kehilangan nyawa tidak dilaporkan,” katanya.

Katanya, beliau akan mengadakan perbincangan antara kedua-dua pihak berkuasa tempatan kerana projek pertanian yang dijalankan di atas bukit adalah di bawah bidang kuasa Majlis Daerah Batang Padang manakala kawasan perumahan adalah di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kampar.

Veerasingam berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan tindakan selanjutnya akan dibincangkan supaya kejadian itu tidak berulang sehingga menyusahkan penduduk.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s