Siapa kata hati perempuan macam kerak nasi?

Siapa kata hati perempuan macam kerak nasi?

RAMAINYA kawan baru TT!!! Suka, suka…Kepada yang add TT kat facebook, terima kasihlah kerana sudi berkawan dengan TT. Kalau TT lambat jawab mesej tu, maafkanlah ya….mungkin kerana sibuk tapi yang pasti, TT akan balas, lambat atau cepat saja soalnya.

Tapikan, kenapa semua spesies TT je ye? Ishhhh…benci sangatlah agaknya spesies lagi satu tu kat TT kan. Tak ada langsung makhluk ber`bin’ ni yang add TT…mesej kena hamun adalah. Marah dia kat TT, dia cakap TT kurang ajar…huuuuuu….dan TT kaki ngumpat….takutttt….dan TT tulis macamlah semua lelaki perangai macam syaitan…alamak!!!!…dan dia kata, ego perempuan yang melangit..ye ke?…dan dia dah jangka, TT mesti tulis pasal dia minggu ini…wahhhh..hebatnya dia…

Faham betul dia isi hati TT. Alahaiiii….cair hati TT. Susah nak dapat lelaki macam ni. Yang tanpa kita bersuara, tanpa memberi sebarang tanda, dia dah tau apa kita nak kata, apa kita nak buat. Ini ciri-ciri lelaki idaman TT ni…:)

Masalahnya, spesies idaman TT ini, pada TT, spesies yang hampir pupus, ke dah pupus sebenarnya? Lelaki yang memahami. Lelaki macam ini selalunya lelaki yang romantik, penyabar, penyayang, serba-serbi boleh kata perfectlah, memang husband figure.

Kalau kita nak bercerita, he is a good listener; ajak berbincang, buah pendapatnya bernas, masuk akal; kalau sedih, dia pandai menceriakan, kalau marah, dia pandai meredakan; bila merajuk, dia laju memujuk.

Lagi best, tanpa perlu berkata-kata, tak payah bercerita, tanpa perlu buat muka, tarik muncung, dia tahu apa yang kita fikir, apa dalam otak kita, apa isi hati kita. Ini selalunya jenuh dah bercakap, berbuih mulut, tak reti-reti bahasa lagi, lepas tu mulalah cop perempuan kaki bebel. Suka betul spesies ni mengata mak dia orang sendiri kan, tak patut..tak patut…

Mana ada perempuan membebel, ini TT pernah dengar seorang pakar motivasi yang kata. Pakar, yang juga lelaki itu cakap, tak wajar label perempuan membebel sebab perempuan bukan membebel tapi menegur. Haaaa…dengar tu, spesies you all yang cakap macam tu, bukannya TT pandai-pandai reka.

Menegur tu tanda sayang tau. Ambil contoh mak-mak kita sajalah, itu ini dia tegur..sebab apa? Sebab sayang. Jarang sekali bapak-bapak yang buat macam tu. Semua serah kat mak, sampai selalulah kan kita dengar, baik lelaki, baik perempuan cakap bapak dia orang tak ambil peduli hal dia orang, bulat-bulat semuanya serah kat mak….Hah…bisinglah pulak kan…

Memang macam tulah wanita, naluri kewanitaan dan keibuan tetap tebal, yang dah berumah tangga, sayang suami, sayang anak; yang berteman, sayang teman lelaki, kalau ada yang tak kena, tegur…bukan untuk apa, bukan kerana siapa, untuk kebaikan bersama. Betul…

Jangan sampai tahap buatlah apa pun, katalah apa saja, perempuan diam je, uk tidak, ek tidak, Satu, mungkin sebab malas nak panjang cerita, malas nak gaduh-gaduh. Kalau sebab ni, tak apa lagi..tapi kalau sampai tahap senyap sebab dah tak kuasa, tahap `ada aku kisah’…haaaa…ini bahaya.

Lelaki selalu cakap, alaaaaa…hati perempuan macam kerak nasi…keras-keras pun, kalau direndam air lembutlah dia….aaaa…don’t sangka clear water no buaya….lebih kurang macam tu lah, jangan sangka selembut-lembut perempuan, tak keras hatinya.

Sesiapa pun, tahap kesabaran ada hadnya. Sesabar-sabar wanita, sampai tahap hati kering, emmmm…bye bye la jawabnya. Bila dah sampai tahap ni, jangan pula cakap wanita kejam la, tak berhati perut la, tak bertimbang rasa.

Tapi yelah, dah nama pun lelaki, kita buat baik, dibalas ‘tahi’, kita ‘lari’ sebab dia buat ‘tahi’ pun kita kena keji. Serba-serbilah kiranya perempuan ni ada saja yang tak kenanya bukan, tu pasal la agaknya, ramai yang dah beristeri, masih mencari-cari cinta ‘sejati’, masalah ni lah kononnya ikut sunnah Nabi, tak salah lelaki ada empat isteri. Eeee..geliiii!!! (xy@bharian.com.my)

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s