Serina Chef Wan teringin anak lelaki

Serina teringin anak lelaki

Jelas terpancar keceriaan dan kegembiraan pada raut wajah pelakon dan pengacara serba boleh, Serina Redzuawan kerana pada saat ini, dia sedang berbadan dua.

Malah, suami tersayang Gavin Edward O’luanaigh atau Salahudin Ghafar, ibu, Norhayati Ayob dan ayahnya, Chef Wan antara insan yang paling gembira menerima berita tersebut.

“Sebenarnya ia berkat doa bapa saya pada hari jadinya yang ke-53 tahun lalu, dia memang sangat-sangat inginkan cucu dan syukurlah hasrat kami sekeluarga dimakbulkan Tuhan dengan segera.

“Tentang jantina, saya memang berharapkan anak lelaki supaya nanti bolehlah saya bawa dia main bola bersama,” seloroh Serina dengan harapan dapat membantu suaminya yang juga Pengarah Eksekutif di syarikat Football Focus Sdn Bhd kelak.

Namun, katanya, jantina bukanlah perkara utama sebaliknya mahu anak yang bakal dilahirkan sihat dan sempurna.”

Bercerita pengalaman mengandung lima minggu, Serina berkata, setakat ini masih belum mengalami alahan. Bagaimanapun, dia sekarang sudah mula mengidam makanan barat, terutama pizza dan minuman bergas yang juga menjadi kegemaran suaminya.

Dalam pada itu, Serina turut memberitahu bahawa dia akan bercuti ke Perth, Australia selama seminggu bersama suaminya dan itu adalah hadiah istimewa dari Gavin atas berita gembira itu.

“Suami berikan hadiah percutian ini setelah saya hamil. Dia begitu gembira kerana bakal menjadi ayah tidak lama lagi. Papa saya pula, siap bagi SMS (khidmat pesanan ringkas) panjang lebar supaya saya jaga kehamilan dengan baik. Dia juga berpesan agar saya banyak berehat dan jangan terlalu buat kerja berat,” katanya yang ditemui ketika sidang media program televisyen Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) yang berlangsung di ibu kota, semalam.

Guna identiti sendiri

Menyentuh tentang tugasnya sebagai hos program televisyen destinasi masakan popular Malaysia Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) bagi menggantikan hos lama Maria Tengku Sabri, Serina berkata, dia tidak mahu dibandingkan dengan Maria dan dia akan cuba mengendalikan program itu dengan caranya tersendiri.

“Sudah 10 episod JJCM telah selesai penggambarannya dan saya tidak mahu disamakan dengan Maria yang begitu sinonim dengan JJCM. Apa pun saya akan cuba buat yang terbaik dan akan menghoskan rancangan ini dengan gaya saya yang tersendiri.

“Buat masa ini, saya belum menghadapi sebarang masalah pemakanan semasa penggambaran JJCM dan saya harus mencuba lebih 40 jenis masakan yang disediakan tiga restoran setiap hari.

“Saya mahu mengubah perspektif orang ramai supaya tidak takut pada makanan kerana bukan semua makanan yang tidak sihat atau tidak berkhasiat,” katanya yang berharap agar kemunculannya sebagai hos program itu dapat diterima ramai.

Selain JJCM, pelakon Roda-Roda KL ini juga mempunyai banyak perancangan seni yang lain, namun buat masa ini keutamaannya adalah terhadap JJCM dan penting baginya untuk mendapat kepercayaan penonton setia JJCM yang kini sudah pun masuk musim ke-13 ini.

Bagi peminat setia JJCM jangan lupa untuk menonton musim baru JJCM yang bakal menemui penonton di TV3 pada 14 Februari kelak pada setiap Ahad.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s