Nizar boleh mengemukakan undi tidak percaya terhadap responden (Zambry)

Berikut adalah Hujah Hakim Mahkamah Persekutuan yang menolak Nizar sebagai MB Perak yang sah. Dari sesi kiraan majoriti DUN, mahkamah boleh membuat tafsiran demikian. Tapi jika dibubarkan DUN dan pilihanraya semula, saya yakin Nizar akan kembali dengan sokongan rakyat.

Malaysiakini : Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak boleh terus mentadbir Perak kerana dia sudah kehilangan sokongan majoriti di dewan undangan negeri, demikian diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.

Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria yang membaca penghakiman 41 muka surat pagi tadi berkata membenarkan Nizar berbuat demikian akan bertentangan dengan prinsip demokrasi.

Bagaimanapun, Arifin berkata ini tidak bermakna kepada penghujung perkara berkenaan.

“Nizar boleh mengemukakan undi tidak percaya terhadap responden (Zambry) atau membuat perwakilan kepada sultan pada bila-bila masa jika beliau berpendapat responden tidak lagi mempunyai sokongan ahli dewan,” katanya.

Panel hakim lima anggota yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, pagi tadi memutuskan Datuk Seri Zambry Abd Kadir dari BN adalah menteri besar Perak yang sah.

Selain Arifin, hakim lain yang menganggotai panel itu ialah Zulkefli Ahmad Makinuddin, Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Abdull Hamid Embong.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s